JELAPANG PADI MELAKA SUMBANGAN LEBIH 6,000 TAN PENGELUARAN

Seri Negeri – Keluasan tanaman padi di Melaka bagi tempoh Januari hingga November 2025 mencatatkan sebanyak 1,590.36 hektar dengan melibatkan 450 pesawah berdaftar.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, jumlah pengeluaran keseluruhan bagi tempoh itu ialah 6,769.93 metrik tan padi sekali gus menunjukkan perkembangan positif sektor penanaman padi negeri.

Menurutnya, data semasa menunjukkan daerah Melaka Tengah menjadi penyumbang utama pengeluaran padi negeri diikuti Jasin dan Alor Gajah.

“Peningkatan prestasi ini dipacu oleh keberkesanan program penanaman semula, penggunaan teknologi moden selain sokongan berterusan jabatan berkaitan serta para pesawah.

“Usaha bersepadu termasuk penggunaan mesin moden, pengurusan air yang lebih efisien dan latihan pesawah dijangka terus meningkatkan pengeluaran padi pada tahun-tahun mendatang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Muhammad Jailani Khamis (PN–Rembia) pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-15,.

Katanya, pada tahun 2024 Kerajaan Negeri turut melaksanakan projek perintis Benih Padi Melaka dengan peruntukan RM300,000, melibatkan penyediaan kawasan benih di Kampung Tengah, Padang Merlimau, menaik taraf sistem pengairan serta penggunaan teknologi Transplanter.

“Hasil projek ini telah menghasilkan 56,191 kilogram benih padi serta 65,480 kilogram (kg) padi gred tidak dijadikan benih.

“Padi lebihan inilah yang mencetuskan cadangan untuk menghasilkan Beras Melaka yang kini sedang menantikan fasa ketiga pengeluaran beras yang dijadualkan bermula bulan ini,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

OPERASI BERSEPADU ESSCOM BELURAN CATAT RM407,644.69 NILAI KOMPAUN, RAMPASAN

OPERASI: Salah satu siri pemeriksaan yang dilaksanakan sepanjang Operasi Bersepadu ESSCOM Beluran. BELURAN: Operasi Bersepadu Daerah Beluran yang dilaksanakan Eastern …

TRAGEDI DI JALAN RAYA: KESEDARAN MENGHORMATI GARISAN BERKEMBAR

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang gemar memotong kenderaan di garisan berkembar merupakan antara punca utama berlakunya kemalangan maut. Tindakan …

BAHAYA KENDERAAN LEBIH MUATAN: PATUHI HAD DEMI KESELAMATAN JALAN RAYA

Isu kenderaan membawa lebih muatan (overloading) kini menjadi fokus utama penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana risiko impak negatifnya terhadap …