INVEST MELAKA LANCAR LAMAN SESAWANG BAHARU LEBIH INTERAKTIF

Banda Hilir – Invest Melaka Berhad melancarkan laman sesawang baharu menyediakan maklumat lebih lengkap dan terkini berkaitan pembangunan kawasan perindustrian di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ginie Lim Siew Lin berkata, platform digital tersebut dibangunkan bagi memudahkan capaian pelabur terhadap informasi penting melibatkan kawasan perindustrian baharu dan sedia ada.

Menurutnya, laman berkenaan turut menyediakan direktori sektor perkhidmatan yang boleh membantu pelabur mendapatkan perkhidmatan terbaik sama ada dalam bidang perkhidmatan atau pembuatan.

“Antara kemudahan disediakan ialah fungsi carian maklumat kawasan perindustrian dan senarai sektor berasaskan kluster bagi memudahkan pelabur menilai potensi serta kesesuaian pembangunan,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas Majlis Perasmian Chief Minister’s Industrial Excellence Award (CMIEA) 2025 Award Night & Gala Dinner yang dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di sebuah hotel, di Melaka.

Beliau berkata direktori sektor perkhidmatan seperti kewangan, perunding dan penyedia perkhidmatan profesional lain turut disediakan bagi menyokong keperluan pelabur ke Melaka.

“Direktori ini membantu pelabur mendapatkan perkhidmatan profesional yang diperlukan agar mereka dapat mengembangkan perniagaan dengan lebih selamat dan lancar.

“Terima kasih juga kepada semua yang menyumbang serta memberi sokongan termasuk Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Melaka (MCORP),” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …