LELAKI WARGA ASING CEROBOH RUMAH DITAHAN, POLIS RAMPAS PISAU

PADAH: Suspek berjaya ditahan di Kampung Sungai Buaya, Batu 3 di sini.

TAWAU: Tindakan seorang lelaki warga asing yang menceroboh sebuah rumah di Taman Berjaya awal bulan lalu membawa padah apabila dia berjaya ditahan polis dalam serbuan di Kampung Sungai Buaya, Batu 3, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kejadian berlaku pada 3 November lalu kira-kira jam 1.35 pagi selepas sistem penggera keselamatan milik mangsa berusia 34 tahun berbunyi.

“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek memasuki kawasan rumah mangsa melalui pagar belakang sebelum menuju ke bahagian hadapan rumah.

“Pemilik rumah kemudian menegur suspek melalui sistem suara kamera, menyebabkan suspek panik dan terus melarikan diri dengan memanjat pagar serta memasuki kawasan rumah jiran,” katanya dalam kenyataan semalam.

Katanya, bertindak atas maklumat dan hasil risikan, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau berjaya menahan suspek berusia lingkungan 20-an kira-kira jam 2.50 petang semalam di Kampung Sungai Buaya.

Jasmin berkata, pemeriksaan lanjut menemukan sebilah pisau sepanjang kira-kira 22 sentimeter yang disembunyikan pada badan suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1957 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …