5 MAKANAN MALAYSIA YANG LEBIH NAIKKAN GULA DARI NASI

Kita selalu salahkan nasi bila cakap tentang gula. Nasi jadi kambing hitam sampai ramai takut nak makan.Tetapi ramai tak sedar, ada beberapa makanan harian rakyat Malaysia yang sebenarnya menaikkan gula lebih tinggi dan lebih laju daripada semangkuk nasi putih. Inilah makanan yang diam diam memberi beban kepada insulin setiap hari.

Pertama,Roti Putih.

Ia kelihatan ringan dan “lebih sihat”, tetapi roti putih sangat cepat dihadam. Ia menyebabkan gula naik lebih mendadak daripada nasi. Ramai ambil dua keping roti, tapi kesannya pada gula lebih besar daripada apa yang mereka sangka.

Kedua, Kuih Muih Manis.

Kuih tradisi seperti kuih lapis, donut, apam, tepung pelita atau seri muka mempunyai gabungan gula tinggi dan tepung halus. Kombinasi ini membuatkan gula naik dalam masa yang sangat singkat, lebih tinggi daripada nasi yang ada serat semula jadi.

Ketiga, Minuman Manis.

Teh ais, kopi susu, Milo tabur atau boba mungkin nampak seperti peneman makanan. Tetapi satu gelas boleh naikkan gula lebih tinggi daripada sepinggan nasi. Tubuh tidak mengira “air” atau “makanan”. Gula tetap gula.

Keempat, Mee atau Roti Canai.

Mee kuning mengandungi bahan tambahan dan sodium yang buatkan ia lebih cepat menaikkan gula. Roti canai pula daripada tepung halus dan minyak. Gula naik cepat, kenyang pula tak lama. Ramai akan makan dua tanpa sedar ia memberi beban berganda.

Kelima, Makanan Bergoreng Bersalut Tepung.

Ayam goreng tepung, cucur, pisang goreng atau keropok lekor bukan sekadar minyak. Tepung halus yang digoreng akan bertukar menjadi karbohidrat ringkas yang diserap pantas. Gula naik tinggi, tetapi tenaga tidak tahan lama.

Makan makanan ini bukan haram. Tetapi jika anda sering letih, cepat lapar, atau mengantuk setiap kali makan, mungkin bukan nasi yang salah. Mungkin makanan di sekelilingnya yang lebih merosakkan tanpa anda sedar.Tubuh kita sentiasa beri isyarat. Dengarlah sebelum terlambat.

Sumber rujukan : KKM

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …