11,241 KENDERAAN PERDAGANGAN DIAMBIL TINDAKAN SEJAK JANUARI

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan telah mengambil tindakan terhadap 11,241 kenderaan perdagangan sejak Januari hingga 29 November lalu dengan 283 kenderaan membawa lebihan muatan antara kesalahan paling banyak dikesan.

Menurut Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf, sejak awal tahun ini, sebanyak 44,964 kenderaan perdagangan diperiksa manakala 34,848 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan dengan kesalahan paling tinggi direkodkan membabitkan Notis JPJ (P) 22 sebanyak 20,389.

Notis 61(1) Arah Periksa sebanyak 4,975, Notis Larangan Penggunaan Kend-PG1 (4,763), Notis Panggilan Temu Siasat-114 (808), Notis Arah Timbang (3,080) dan lain-lain notis (833). Pelaksanaan Op Perang Lebih Muatan sejak Oktober lalu merekodkan penurunan 19 peratus dalam pengeluaran notis, berbanding 23 peratus dalam tempoh tiga bulan sebelum.

Dalam operasi sama, sebanyak 7,492 kenderaan perdagangan diperiksa dan daripada jumlah itu sembilan kenderaan disita di bawah Seksyen 80(1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) serta kini dalam proses lucut hak di mahkamah.

Sumber: Kosmo

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …