MENGEMBARA MEMBENTUK INDIVIDU YANG BIJAK DAN BERDAYA SAING

Orang yang paling banyak mengembara lazimnya merupakan individu yang lebih bijak, matang dan cekap dalam menyelesaikan masalah. Pengembaraan membuka pintu pengalaman yang tidak dapat dipelajari hanya melalui pendidikan formal atau bertahun-tahun bekerja di satu tempat yang sama. Setiap destinasi yang dikunjungi memperlihatkan cabaran baharu yang memerlukan tindakan pantas, penilaian tepat serta keberanian untuk membuat keputusan secara rasional. Inilah yang menjadikan pengembara lebih bersedia menghadapi situasi sukar dalam kehidupan.

Malah, ramai pengembara membuktikan bahawa mereka lebih berpotensi menjadi pemimpin atau “bos” yang baik berbanding individu yang hanya bergantung pada kelayakan akademik. Pengembaraan melatih mereka mengurus risiko, menyesuaikan diri dengan perubahan, berkomunikasi dengan pelbagai karakter manusia dan menyusun strategi ketika berhadapan keadaan tidak dijangka. Kemahiran ini menjadikan mereka lebih versatil dan berwibawa dalam memimpin serta membuat keputusan penting.

Mengembara juga membolehkan seseorang mengembangkan potensi diri ke tahap maksimum. Apabila berdepan dengan halangan, mereka belajar menilai sesuatu perkara bukan berdasarkan khabar atau pendengaran semata-mata, tetapi menggunakan akal fikiran yang waras. Pengembara biasanya lebih tajam pemikirannya kerana mereka belajar melalui pengalaman hidup yang sebenar, bukan hanya teori.

Di dalam al-Quran, Allah S.W.T menyeru hamba-Nya untuk mengembara ke seluruh pelusuk dunia bagi melihat tanda-tanda dan kebenaran ciptaan-Nya. Ini menunjukkan betapa luasnya manfaat pengembaraan dalam membuka minda dan menambahkan hikmah. Mereka yang tidak mengembara cenderung terperangkap dalam rutin harian yang tidak produktif, malah ada yang menghabiskan masa dengan perkara sia-sia seperti bergosip.

Kesimpulannya, pengembaraan bukan sekadar aktiviti rekreasi, tetapi juga satu perjalananyang boleh membina kecerdikan, kebijaksanaan dan kepimpinan sejati.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …