DIDIK ANAK MENGUCAPKAN “MAAF” SEJAK KECIL

Perkataan maaf ialah antara kata yang paling penting untuk diajar kepada anak selain tolong dan terima kasih. Namun, mengajar anak mengucapkan maaf bukan sesuatu yang mudah. Ada kanak-kanak yang memahami maksud maaf tetapi masih berat untuk menyebutnya kerana rasa ego, dan ada juga yang mudah menyebut maaf tetapi tanpa benar-benar memahami maknanya. Oleh itu, didikan perkataan maaf perlu bermula sejak mereka kecil supaya ia menjadi sebahagian daripada pembentukan emosi dan keperibadian mereka.

Apabila anak belajar meminta maaf, mereka bukan sahaja lebih bijak berinteraksi dengan orang lain, tetapi juga belajar mengambil tanggungjawab atas kesalahan sendiri. Mereka akan lebih berhati-hati agar tidak mengulangi kesilapan, memahami perasaan orang lain dan membesar sebagai individu yang berjiwa besar. Dalam situasi bergaduh atau berselisih faham, anak perlu difahamkan bahawa orang yang meminta maaf bukan semestinya orang yang bersalah, tetapi orang yang sayangkan hubungan dan ingin meredakan keadaan.

Jika anak sukar untuk menyebut maaf, ibu bapa boleh membantu dengan menemani dan memberi contoh. Sesetengah kanak-kanak mungkin lebih selesa menulis di atas kertas, melukis atau memeluk sebagai tanda permohonan maaf. Apa yang penting, jangan memaksa mereka mengungkapkan maaf kerana paksaan hanya menyebabkan kata maaf itu tidak bermakna. Beri masa untuk anak bertenang, memahami situasi dan meluahkan perasaan mereka terlebih dahulu.

Akhirnya, mengajar anak meminta maaf bukan semata-mata mengajarnya menyebut perkataan itu, tetapi membantu mereka memahami nilai hormat, empati dan tanggungjawab. Anak yang memahami makna maaf akan membesar sebagai individu yang lebih matang, penyayang dan bijak menjaga hubungan dengan orang sekeliling.

 

Disemak oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group · Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Dikemas kini 12/05/2022

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …