MYCOPLASMA

Mycoplasma ialah sejenis bakteria kecil yang tidak mempunyai dinding sel. Sebab tiada dinding sel, bakteria ini tidak boleh dibunuh oleh antibiotik seperti penisilin.Ia boleh hidup di tanah, air dan juga dalam tubuh manusia.

Sesetengah jenis Mycoplasma boleh menyebabkan jangkitan paru-paru, batuk berpanjangan, jangkitan saluran kencing dan masalah kesihatan lain. Untuk merawat jangkitan Mycoplasma, doktor biasanya beri antibiotik jenis lain seperti azithromycin atau doxycycline, bukan penisilin. Jangkitan Mycoplasma selalunya disebabkan oleh Mycoplasma pneumoniae, terutamanya pada bahagian pernafasan. Bakteria ini merebak melalui titisan kecil daripada batuk atau bersin orang yang dijangkiti. Risiko jangkitan meningkat jika berada dalam tempat sesak, seperti asrama, taska, sekolah atau rumah yang ramai penghuni. Walaupun jangkitan

Mycoplasma biasanya berpunca daripada jangkitan yang berjangkit, ada orang yang lebih mudah terkena kerana faktor genetik (keturunan).

Selain itu, Mycoplasma juga boleh mencetuskan tindak balas autoimun, iaitu keadaan di mana sistem imun menyerang tubuh sendiri, bukan kuman. Disebabkan reaksi autoimun ini, sesetengah pesakit boleh mengalami radang sendi (arthritis reaktif) atau penyakit keradangan lain selepas dijangkiti Mycoplasma.

SUMBER : APPOLO HOSPITALS

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …