TIDUR MENGHADAP KIBLAT TAK DILARANG, UMAT ISLAM PERLU FAHAM HUKUM, ADAB & SUNNAH NABI YANG SEBENAR

Isu “jangan tidur menghadap kiblat” sering menjadi bualan dalam masyarakat Melayu sehingga ada yang menganggapnya haram, makruh, atau perbuatan kurang sopan. Kekeliruan ini berlaku kerana ramai tidak membezakan antara ajaran agama dengan adat turun-temurun.

Sebenarnya, tiada satu pun dalil sahih yang melarang seseorang tidur menghadap kiblat. Para ulama sepakat bahawa perbuatan ini tidak haram dan tidak makruh. Dalam mazhab Syafie, arah badan ketika tidur bukan perkara ibadah yang menentukan dosa atau pahala.

Dalam kitab I‘anah al-Talibin, memuliakan kiblat dinyatakan sebagai sunat, bukan wajib dalam semua keadaan. Maka, tidur menghadap kiblat tidak menyalahi syarak. Termasuk juga situasi kaki menghala ke kiblat , hukumnya tetap dibenarkan.

Larangan tidur menghadap kiblat sebenarnya lebih kepada adat masyarakat, bukan ajaran agama. Di rumah, ia tidak menjadi masalah langsung. Di masjid pula, ia hanya dianggap kurang sopan dari sudut adab, namun tetap tidak berdosa.

Apa yang diajar oleh Nabi SAW tentang tidur tidak berkaitan dengan arah kiblat. Dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari, Baginda bersabda:

“Apabila engkau hendak tidur, berwudulah seperti wudhu’ untuk solat, kemudian berbaringlah di atas rusuk sebelah kanan.”

Hadis ini membuktikan bahawa sunnah tidur ialah berwuduk dan mengiring ke kanan, bukan mengelakkan arah kiblat.

Kesimpulannya, umat Islam tidak perlu merasa bersalah atau terbeban jika tidur menghadap kiblat. Yang penting ialah mengamalkan adab tidur yang diajar Nabi SAW, bukan takut kepada kepercayaan adat.

 

Sumber : Channels Waktu Solat Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …