DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah melaksanakan satu operasi bersepadu bagi mengekang aktiviti penjajaan oleh warga asing di kawasan Golden Gateway, Valdor, Seberang Perai Selatan.
Dalam operasi tersebut, tindakan tegas diambil termasuk merampas barangan penjaja yang dikendalikan oleh warga asing tanpa kebenaran sah. Operasi ini dijalankan bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan, menjaga ketenteraman awam serta melindungi peluang ekonomi penjaja tempatan.
Sumber : Majlis Bandaraya Seberang Perai https://www.facebook.com/mbsp.pg



