1,000 BERLARI PROMOSI KELESTARIAN ALAM

Durian Tunggal – Program Larian Lestari, anjuran bersama SWM Environment dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang berlangsung di Stadium UTeM, di sini, berlangsung meriah apabila menerima hampir 1,000 penyertaan daripada warga institusi pengajian tinggi (IPT) dan kakitangan UTeM.

Pelepasan acara larian sejauh kira-kira lima kilometer di sekitar kampus tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam

Pengurus Besar Korporat SWM Environment Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, program itu bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat dan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar dalam kalangan peserta.

Katanya, ia merupakan hasil kerjasama di antara SWM Environment dan UTeM menerusi Pusat Alam Sekitar Pintar (CENSEi) pada Karnival Hari Keluarga UTeM bersempena dengan sambutan Jubli Perak UTeM ke-25.

“Penganjuran program Larian Lestari KITARecycle ini merupakan kesinambungan daripada kerjasama yang terjalin hasil pemeteraian Surat Niat (LoI) antara kedua-dua belah pihak pada Februari 2023.

“Program ini merupakan juga simbolik kepada hubungan erat di antara syarikat konsesi pembersihan dengan institusi pengajian tinggi menerusi penganjuran program rekreasi yang berteraskan kelestarian alam sekitar.

“Walaupun kedua-dua pihak datang daripada sektor yang berbeza namun kita berkongsi misi yang sama iaitu mempromosikan kelestarian alam sekitar,” katanya.

ANTARA pemenang Pertandingan Pengumpulan Barangan Kitar Semula Antara Fakulti.

Tambah beliau, selain larian, turut diadakan Pertandingan Pengumpulan Barangan Kitar Semula Antara Fakulti di bawah program kitar semula berganjaran KITARecycle.

Jelasnya, ia sebagai salah satu usaha untuk menggalakkan amalan kitar semula dan mempromosi kelestarian alam sekitar dalam kalangan warga universiti.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …