“AIR CARI JALAN—MANUSIA TUTUP JALAN”

Kadang-kadang bila banjir datang, kita pun terus cakap, “Ala… musim hujan. Biasalah.” Padahal, hujan tu cuma singgah. Yang buat air “merajuk” sampai naik rumah orang—kita sendiri.

Cuba bayang: satu kawasan dulu penuh pokok, tanah lembut, air hujan jatuh terus hilang masuk bumi. Tiba-tiba kawasan tu ditarah. Diratakan. Disimenkan. Dibina rumah rapat-rapat. Akhirnya? Air pun pening: “Aku nak turun mana ni? Semua dah tutup.”

Tambahan pula ada yang suka tambun tanah sesuka hati. Naikkan tanah sikit, jadi lebih tinggi dari jiran. Lepas tu bila hujan lebat, air pun menolak: “Aku tak boleh naik, aku turun la ke rumah orang sebelah.” Dan jiran pun naik angin.

Bila sungai makin sempit, parit kecil ditimbus, longkang tak disambung betul—air tak sempat fikir panjang. Terus melimpah. Mari banjir kilat 30 minit siap.

Hakikatnya, banjir ni bukan salah hujan. Hujan buat kerja dia.
Yang kita ni… sibuk ubah bentuk bumi tanpa fikir “jalan keluar” untuk air.

Kalau pembangunan ikut plan betul—ada kolam takungan, ada kawasan resapan, ada saliran lengkap—air akan behave. Tak kacau orang.

Tapi bila pembangunan tak terancang dan tambak tanah tak terkawal, itu bukan “bencana alam”. Itu bencana buatan tangan manusia.

Bila kita kacau laluan air, air akan cari laluan sendiri. Dan selalunya… laluan tu masuk kawasan orang.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …