8 PREMIS ‘PORT’ WARGA ASING DISERBU, PRODUK DAN KOSMETIK TAK BERDAFTAR LEBIH RM80,000 DIRAMPAS

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) merampas 200 jenis produk tidak berdaftar serta kosmetik tidak bernotifikasi bernilai lebih RM80,000 hasil serbuan ke atas lapan premis di sekitar kawasan ini dan Senawang, semalam.

Serbuan dijalankan Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Negeri Sembilan hasil aduan awam dan risikan dijalankan susulan status premis terbabit yang menjadi tumpuan khususnya dalam kalangan warga asing.

Operasi bersepadu itu turut membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen negeri serta bantuan pegawai penguat kuasa farmasi daripada ibu pejabat, Selangor, Melaka serta Johor.

Hasil pemeriksaan, JKN Negeri Sembilan mengesan kesalahan yang melanggar Peraturan 7(1)(a) dan Peraturan 18(A)(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, yang mana boleh dihukum di bawah Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952. Jika sabit kesalahan, individu boleh didenda sehingga RM25,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi syarikat pula denda boleh dikenakan sehingga RM50,000, manakala kesalahan mengikut Akta Racun 1952 menetapkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

JKN Negeri Sembilan memaklumkan, tindakan penguatkuasaan sebahagian usaha berterusan untuk menjaga keselamatan awam dengan membanteras penjualan dan pengedaran ubat tidak sah di pasaran.

Peniaga, pengedar dan penyedia platform e-dagang diingatkan bertanggungjawab memastikan hanya produk kesihatan yang berdaftar dengan nombor MAL dan mempunyai pelekat keselamatan hologram Farmatag yang sah sahaja dikendalikan. Orang awam juga dinasihatkan menyemak status pendaftaran ubat atau produk kesihatan melalui laman sesawang NPRA di ruangan ‘Product Search’ sebelum membuat sebarang pembelian.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …