RIBUT SENYAR: TANAH RUNTUH, POKOK TUMBANG BERLAKU DI NEGERI SEMBILAN

Beberapa insiden tanah runtuh dan pokok tumbang dilaporkan berlaku di negeri ini khususnya di daerah Port Dickson dan Seremban susulan hujan lebat berterusan sejak malam tadi berikutan Ribut Tropika Senyar. Di Seremban, kejadian tanah runtuh berlaku di Taman Bukit Berlian di sini menjejaskan dua rumah.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampangan, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Norazrul Fazri Ahmad, berkata pasukannya tiba di lokasi jam 4.07 pagi dan mendapati tanah runtuh berlaku di bahagian belakang dua rumah. Setibanya di lokasi, pasukan kami telah mengarahkan semua penghuni untuk mengosongkan rumah sebagai langkah keselamatan. Semua enam mangsa telah keluar dari kediaman masing-masing dan tiada kecederaan dilaporkan. Kawasan tersebut masih dalam pemantauan rapi pasukan bomba.

Sementara itu, satu kejadian pokok tumbang dilaporkan berlaku berhampiran sebuah pusat beli-belah di Seremban jam 3 pagi tadi yang menyebabkan seorang lelaki penunggang motosikal cedera. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Sharizal Boahari berkata mangsa berusia 61 tahun cedera selepas motosikal yang ditungganginya melanggar pokok tumbang. Ketika kejadian, mangsa dipercayai gagal mengelak sebelum melanggar pokok tersebut. Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk rawatan lanjut.

Dalam kejadian berasingan di Port Dickson, sebuah kereta dilaporkan dihempap pokok tumbang berhampiran sebuah hotel di sini sekitar jam 3.15 pagi.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …