SERANGAN MONSUN TIMUR LAUT BAWA “SAMPAH NEGARA LUAR” CEMARI PESISIR TERENGGANU

Pesisir pantai Terengganu sekali lagi berdepan longgokan sampah dari luar negara apabila Monsun Timur Laut (MTL) kembali melanda sejak minggu lalu. Fenomena tahunan ini dijangka berterusan sehingga Mac, apabila arus deras membawa sisa dari sungai dan laut terbuka sebelum ia kembali terdampar di pantai negeri ini.

Menurut Pengerusi Geng Plastik Ija (GPI), Zulkefli Sarji, peningkatan sampah pada musim monsun adalah trend berulang meskipun kutipan dilakukan secara berkala. Pencemaran dikesan sepanjang jajaran pantai dari Kemaman hingga Besut termasuk Pantai Batu Buruk, membabitkan botol plastik, serpihan kayu dan pelbagai bahan buangan lain.

Kehadiran sampah ini bukan sahaja mencemar pemandangan tetapi turut menjejaskan keselamatan pantai dalam pelbagai aspek. Sisa tajam atau bahan kimia yang tidak diketahui asalnya boleh mencederakan pengunjung serta menyukarkan operasi penyelamat. Longgokan sampah turut menggalakkan pembiakan serangga dan haiwan perosak, sekali gus meningkatkan risiko wabak penyakit. Di laut, penyu dan hidupan marin terdedah kepada ancaman, manakala ketidakseimbangan ekosistem seperti peningkatan obor-obor boleh menggugat aktiviti nelayan dan keselamatan perairan.

Situasi ini berlaku serentak dengan musim tengkujuh yang sering menyebabkan banjir dan pemindahan mangsa. Justeru, aspek kebersihan, kesihatan serta pematuhan dasar keselamatan perlu diberi perhatian bagi mengelakkan risiko tambahan kepada masyarakat.

Zulkefli turut menegaskan bahawa pencemaran bukan hanya berpunca dari luar negara. Sikap masyarakat dalam negara sendiri juga memainkan peranan besar. Pengurangan penggunaan plastik dan penyertaan dalam program pembersihan pantai wajar diperkasa sebagai usaha bersama melindungi pantai Terengganu.

Sumber : TRDI

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …