PROGRAM (CBSM) KOMUNITI KG. LOHAN SKIM 2, RANAU BERSAMA MKN SABAH: “BELIA MADANI, HARAPAN NEGARA”

RANAU, 26 Nov – Program Community Based Security Management (CBSM) anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah bersama komuniti Kg. Lohan Skim 2 berlangsung selama dua hari pada 24 dan 25 November 2025 dengan tema “Belia Madani Harapan Negara”.

Program yang diadakan di Dewan Serbaguna Kg. Lohan Skim 2 itu turut mendapat kerjasama Misi Club IIUM, Sejahtera Center for Sustainability and Humanity (SC4SH) serta JKKK Kg. Lohan Skim 2.

Program ini bertujuan memberi penerangan berhubung Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021–2025 dan Konsep Keselamatan Menyeluruh (COMSEC), selain memupuk kesedaran masyarakat mengenai pentingnya perpaduan serta tanggungjawab kolektif dalam menjaga keselamatan komuniti. Program ini juga menjadi platform mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan dan penduduk.

Pelbagai Aktiviti Dua Hari

Hari Pertama: Sukan Rakyat Tarik Minat Belia

Hari pertama program dipenuhi pelbagai sukan rakyat seperti senam robik, sukaneka, lari dalam guni, kerusi berirama serta aktiviti passing bola dalam karung. Penyertaan belia setempat memberikan suasana meriah dan memperkukuh kemesraan komuniti.

Hari Kedua: Pengisian Ilmu & Patriotisme

Program hari kedua dimulakan dengan bacaan Ikrar Rukun Negara dan nyanyian lagu-lagu patriotik.

Peserta kemudian mengikuti:

Taklimat Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM): “Memperkasa Malaysia Madani”

Taklimat 9 Nilai Teras DKN 2021–2025 dengan mesej utama, “Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama”

Kuiz keselamatan bagi menguji kefahaman peserta mengenai isu keselamatan semasa

Majlis turut diserikan dengan ucapan penghargaan daripada Pengerusi JKKK Kg. Lohan Skim 2 serta wakil komuniti kepada MKN Sabah sebelum diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sijil kepada para peserta dan rakan kerjasama.

Program CBSM di Kg. Lohan Skim 2 dilihat berjaya meningkatkan pengetahuan komuniti, khususnya golongan belia, mengenai kepentingan keselamatan negara dan peranan mereka sebagai agen perpaduan. Penganjur berharap inisiatif ini akan terus memupuk masyarakat yang lebih peka, bersatu dan bertanggungjawab dalam menjaga keharmonian setempat.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …