LRA JUS FASA 2 MAMPU BEKALKAN SEHINGGA 6 JUTA LITER AIR BERSIH SEHARI

Asahan – Pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Jus Fasa 2 dijangka mampu menghasilkan air bersih antara lapan hingga sembilan juta liter sehari, sekali gus memperkukuh rantaian bekalan kepada pengguna di negeri ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) Datuk Mohd Saleh Jusman berkata, projek dianggarkan menelan kos antara RM11 juta hingga 12 juta itu pada peringkat permulaan akan menghasilkan air berkapasiti lima hingga enam juta liter sehari.
Mohd Saleh berkata, kapasiti pengeluaran bekalan air bersih daripada kemudahan itu akan ditingkatkan dari semasa ke semasa.
Menurutnya, kemudahan itu direka khas agar bersesuaian dengan air dibekalkan empangan yang lebih mudah untuk diproses berbanding sumber sungai.
“Projek ini dijangka siap dalam masa 12 bulan (Mei 2026) dan mampu memenuhi permintaan air bersih dengan lebih efektif.
“Ia akan memberi manfaat kepada kira-kira 25,000 pengguna dalam radius 10 hingga 15 kilometer, sekali gus memastikan pengguna menikmati perkhidmatan bekalan air yang lebih stabil.
“Pembinaan LRA Jus Fasa 2 ini mampu mengatasi masalah bekalan air di kawasan terlibat untuk tempoh lima hingga 10 tahun akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas mengadakan lawatan tapak Projek Pembinaan Baru LRA Jus Fasa 2 di Empangan Jus, di sini, pada Isnin.
Hadir sama Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan Datuk Fairul Nizam Roslan.
Katanya, masalah bekalan air turut berlaku di Melaka Tengah dan Alor Gajah kerana pembangunan yang pesat serta peningkatan aktiviti pelancongan terutama pada hujung minggu seperti Jumaat, Sabtu dan Ahad.
“Kami telah membuat perancangan teliti bagi memastikan pengeluaran air mencukupi walaupun menghadapi cabaran bekalan air mentah.
“Pihak kami (SAMB) bersedia dengan perancangan yang cukup teratur untuk memastikan rakyat Negeri Melaka mendapat bekalan air,” katanya.
Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …