Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia WP Kuala Lumpur (JBPM WPKL) giat melaksanakan operasi sanitasi awam dan disinfeksi di tempat yang dikesan mempunyai penularan tinggi wabak Covid-19.
JBPM WPKL bersama Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengadakan sanitasi awam di sekitar Taman Melati, Kuala Lumpur. Turut hadir di lokasi, Pengarah JBPM KL PKPjB Nordin bin Pauzi pada 24 Oktober 2020.
Manakala pada 25 Oktober 2020, JBPM KL bersama Jabatan Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengadakan sanitasi awam di sekitar kawasan Pantai Dalam.
Selain itu, bertempat di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, JBPM WPKL telah membuat sanitasi awam di pejabat-pejabat dan sekitar kawasannya yang diketuai oleh Ketua Balai BBP Jalan Tun Razak, TPgB II Mohd Farid bin Hussin bersama anggota Hazmat pada 26 Oktober 2020.
Sumber: FB Jabatan Bomba dan Penyelamat WPKL