MASIH RAMAI TAK TAHU BELI MINYAK PEKET SUBSIDI GUNA ECOSS – EXCO

Masih ramai pengguna tidak mengetahui yang mereka perlu mendaftar aplikasi Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) untuk membeli minyak masak peket bersubsidi.

Menurut Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan, penggunaan sistem itu bertujuan mengawal dan memantau pembelian barang terkawal terbabit sekali gus menangani isu ketirisan.

Apabila membuat bayaran di kaunter, pengguna perlu menunjukkan aplikasi tersebut di telefon bimbit mereka dan sekarang ini adalah tempoh advokasi. Walaupun sistem itu telah diperkenalkan sejak Ogos lalu, tapi kita dapati masih ramai yang tak tahu mengenainya.

Sistem itu akan merekodkan pembelian minyak masak peket subsidi bagi setiap pengguna sekali gus memastikan ia sampai kepada golongan sasaran.

Bagaimanapun , orang ramai masih boleh membeli minyak masak subsidi sekiranya tidak mempunyai aplikasi berkenaan dan dikehendaki mengisi borang secara manual yang disediakan oleh pihak pasar raya. Beliau turut menggalakkan di setiap premis untuk menyediakan petugas bagi membantu pelanggan mendaftar dan menggunakan aplikasi terbabit.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …