PERSEDIAAN HADAPI MONSUN TIMUR LAUT 2025/2026

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memaklumkan bahawa Monsun Timur Laut 2025/2026 dijangka bermula pada Khamis, 13 November 2025 dan berterusan sehingga Mac 2026, menurut kenyataan terkini Jabatan Meteorologi Malaysia.

Keadaan cuaca tersebut juga berpotensi berlakunya hujan lebat berterusan dan menyebabkan banjir, laut bergelora serta angin kencang di perairan Laut China Selatan termasuk di sekitar pantai timur Semenanjung Malaysia.

APMM menasihatkan komuniti maritim dan orang ramai agar mengambil langkah-langkah keselamatan awal bagi menghadapi bencana alam serta peka dengan maklumat cuaca terkini. Laporkan sebarang kecemasan maritim melalui talian kecemasan NG 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia yang terdekat.

Sumber: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …