PROGRAM RANCAKKAN MADANI SABAH WADAH PERKUKUH PERPADUAN, PEMBANGUNAN INKLUSIF

Gambar fail BERNAMA

KOTA KINABALU: Program Rancakkan MADANI Sabah anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Jabatan Perdana Menteri menjadi wadah penting ke arah memperkukuh kefahaman dan penghayatan terhadap gagasan Malaysia MADANI.

Menurut kenyataan AKM, kefahaman itu berteraskan nilai kemanusiaan, kesejahteraan dan tanggungjawab sosial demi membina masyarakat yang bersatu dan negara yang makmur.

Program berkenaan membuktikan komitmen kerajaan untuk memastikan nilai-nilai keadilan, kemampanan dan kesejahteraan benar-benar difahami sekali gus diamalkan oleh seluruh lapisan masyarakat.

“Hal ini termasuk pada peringkat akar umbi dan Sabah mempunyai potensi besar dalam pelbagai sektor seperti pelancongan dan pertanian moden yang mampu menjadikan negeri ini tunjang kekuatan serta pemacu pembangunan negara,” menurut kenyataan itu.

Lebih 2,000 peserta terdiri daripada penjawat awam, pemimpin masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan, belia dan komuniti setempat menghadiri Program Rancakkan MADANI Sabah yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, di sini hari ini.

Program itu dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut dihadiri Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa.

Menurut AKM, program berkenaan juga menekankan kepentingan hubungan erat antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Sabah untuk bergerak sebagai satu keluarga bagi memastikan pembangunan dan kebajikan rakyat dilaksanakan secara menyeluruh serta inklusif demi kesejahteraan penduduk.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …