PANDUAN PENJAGAAN KESIHATAN SEMASA BANJIR

Banjir adalah keadaan di mana air telah naik melebihi paras bahaya dan diisytiharkan banjir oleh pihak berkuasa. Banjir boleh mendatangkan masalah / bahaya seperti:

  • Lemas
  • Terdedah kepada berbagai jenis kecederaan seperti terpijak benda tajam atau terjatuh ke dalam longkang
  • Terkena renjatan elektrik
  • Terdedah kepada jangkitan penyakit seperti taun, cirit-birit dan demam kepialu

Tindakan Yang Perlu Anda Lakukan Semasa Banjir

  • Jauhi tempat-tempat yang dilanda banjir
  • Pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarah oleh pihak berkuasa
  • Matikan semua punca bekalan elektrik apabila berpindah
  • Tidak menyentuh dawai elektrik yang terjatuh di kawasan banjir

Bagaimana Kita Boleh Menjaga Kesihatan Ketika Berada Di Pusat Pemindahan?

  • Sentiasa minum air yang telah dimasak
  • Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan memakan makanan mentah seperti sayur-sayuran yang belum dimasak dan ulam-ulaman
  • Tudung semua makanan dan jangan makan makanan yang terdedah
  • Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling
  • Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas
  • Guna tandas yang sempurna
  • Buang sampah di tempat yang betul
  • Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doctor
  • Dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami cirit-birit dan muntah-muntah

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

12 DITAHAN, RM41 JUTA HASIL BUMI DAN JENTERA DIRAMPAS

OPERASI: Salah sebuah kawasan yang diserbu semasa Op Bersepadu Khazanah atau Op Gali Mega, baru-baru ini. KOTA KINABALU: Seramai 12 …

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …