HIRTUSME

Hirtusme adalah satu pertumbuhan rambut yang berlebihan pada wanita di kawasan muka, dada dan belakang badan. Keadaan ini bukanlah merupakan satu penyakit namun ia memberi impak negative terhadap para wanita.

Pertumbuhan rambut berlebihan ini boleh terjadi disebabkan oleh beberapa sebab iaitu:-

  • Genetik
  • Ketidakseimbangan Hormon
  • Penggunaan Ubat-ubatan berlebihan
  • Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)
  • Gangguan Kalenjar Adrenal atau Hipofisis

Hirtusme ini boleh dirawat melalui tiga cara iaitu dari segi perubatan, kosmetik, dan gaya hidup dan pemakanan. Bagi rawatan dari segi perubatan, para wanita boleh mengambil pil perancang kombinasi di mana ia dapat menurunkan hormone adrogen seterusnya dapat mengurangkan masalah pertumbuhan bulu berlebihan. Selain itu, para wanita juga boleh mendapatkan rawatan PCOS sebagai satu inisiatif untuk menangani masalah dihadapi.

Di samping itu, rawatan kosmetik seperti menyingkirkan bulu-bulu menggunakan laser atau waxing juga dapat menghilangkan rambut berlebihan seterusnya dapat menghalang pertumbuhan rambut secara kekal. Gaya hidup serta pemakanan yang sihat juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan keadaan fizikal seseorang berada dalam keadaan baik dan sempurna. Oleh itu, semua wanita perlu menjalankan aktiviti sihat dan menurunkan berat badan supaya dapat membantu menyeimbangkan hormon dan mengurangkan simptom.

 

Sumber: infosihat.moh.gov.my

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …