STATISTIK EKSPORT IMPORT MENGIKUT NEGERI, SEPTEMBER 2025 Siaran Terkini : 28 Oktober 2025

Jumlah perdagangan bagi lapan negeri merekodkan peningkatan positif dengan nilai RM178.3 bilion pada bulan September 2025

Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM257.5 bilion pada September 2025 dengan eksport dan import masing-masing bernilai RM138.7 bilion dan RM118.8 bilion.

Eksport bernilai RM138.7 bilion pada September 2025, meningkat sebanyak RM15.1 bilion (+12.2%) berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. Peningkatan eksport dipengaruhi oleh eksport yang lebih tinggi di Pulau Pinang (+RM11.5 bilion), Johor (+RM3.5 bilion), Selangor (+RM662.0 juta), Perak (+RM135.7 juta), Sabah (+RM105.5 juta), Negeri Sembilan (+RM99.1 juta), Perlis (+RM5.7 juta) dan Melaka (+RM2.5 juta).  Walau bagaimanapun, nilai eksport menurun di Kedah sebanyak RM515.3 juta, Sarawak (-RM359.4 juta), W.P. Labuan (-RM46.5 juta), Pahang (-RM35.5 juta), Terengganu (-RM15.2 juta), W.P. Kuala Lumpur (-RM7.3 juta) dan Kelantan (-RM0.7 juta).

Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 41.6 peratus, diikuti oleh Johor (19.8%), Selangor (15.1%), Sarawak (5.6%) dan W.P. Kuala Lumpur (3.7%).

Pada masa yang sama, import pada bulan September 2025 meningkat RM8.0 bilion (+7.3%) berbanding bulan yang sama pada tahun 2024. Peningkatan import disebabkan oleh import yang lebih tinggi di kebanyakan negeri iaitu W.P. Kuala Lumpur (+RM4.4 bilion), Pulau Pinang (+RM2.2 bilion), Johor (+RM2.0 bilion), Perak (+RM342.8 juta), Negeri Sembilan (+RM335.3 juta), Sabah (+RM302.9 juta), Sarawak (+RM201.6 juta), Melaka (+RM117.9 juta), Perlis (+RM37.4 juta) dan W.P. Labuan (+RM36.7 juta). Walau bagaimanapun, nilai import menurun di Selangor sebanyak RM739.2 juta, Kedah (-RM656.2 juta), Terengganu (-RM254.7 juta), Pahang (-RM183.8 juta) dan Kelantan (-RM2.9 juta).

Selangor mendominasi import Malaysia dengan sumbangan 25.1 peratus, diikuti oleh Johor (24.2%), Pulau Pinang (22.5%), W.P. Kuala Lumpur (10.3%) dan Kedah (4.8%).

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …