PENUTUPAN SEMENTARA TAMAN EKO-RIMBA DAN LALAUAN PENDAKIAN DALAM HUTAN SIMPAN KEKAL NEGERI TERENGGANU

Taman Eko Rimba di Terengganu akan ditutup sementara berkuat kuasa 1 November 2025 sehingga dimaklumkan kelak. Penutupan ini adalah sebagai langkah keselamatan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berikutan keadaan cuaca kini yang tidak menentu menjelang Monsun Timur Laut (MTL). Penutupan ini juga bagi mengelak insiden disebabkan fenomena kepala air, tanah runtuh dan laluan ke lokasi berkenaan ditenggelami air. Semua laluan pendakian dan aktiviti di dalam hutan simpan di seluruh negeri turut ditutup. Justeru, pengunjung diminta mematuhi arahan pihak berkuasa, termasuk tidak mengunjungi kawasan berkenaan

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …