Hiking ini boleh dikira macam “pusat latihan semulajadi” untuk pelari. Apabila kita mendaki, kaki, otot dan sekumpulan otot di bahagian tengah tubuh yang merangkumi abdomen (perut), punggung bawah dan pinggul. Otot ini penting untuk menstabilkan tulang belakang, mengekalkan postur, keseimbangan dan membantu dalam pelbagai pergerakan harian. Semua ini kena bekerja keras melawan gravity. Otot kecil yang jarang kita guna semasa berlari pun tiba-tiba akan menjadi aktif. Kita akan belajar kecilkan langkah. Hasilnya, kaki kita akan menjadi lebih kuat, seimbang dan senang untuk kita mengawal langkah masa menuruni bukit atau larian jauh. Antara yang menarik lagi adalah kita dapat menghirup oksigen segar sambil merasa macam watak utama dalam dokumentari National Geographic.
Untuk pendaki baru, tidak perlu terus mendaki Gunung Tahan. Mulakan seminggu sekali sahaja, 5–8km dengan laluan sederhana (naik turun 200–400 meter). Kita perlu fokus pada rentak kaki dan kawalan nafas, bukan siapa sampai dulu. Hiking ni lebih kepada bina asas ketahanan dan kekuatan kaki, bukan berlumba. Maknanya ia macam “rehat aktif” yang masih buat jantung kerja tetapi tidak terlalu stres.
Kalau kita yang jenis selalu sakit lutut semasa berlari, hiking ini memang terapi semulajadi. Sebabnya, tekanan pada sendi lebih rendah berbanding larian di jalan rata, tetapi otot sokongan lutut tetap dikerjakan. Lama-kelamaan, lutut semakin stabil dan tidak mudah rasa pedih apabila berlari. Pendek kata, hiking ini bukan lari dari masalah lutut akan tetapi cara lembut untuk “baiki” semula sendi dan otot di bahagian itu.
Pendek kata apabila badan sudah penat hendak mendaki sampai ke puncak, mental yang betul-betul bantu kita dan bukannya lagi kaki.
Sumber:
https://www.facebook.com/panaceafitnessmalaysia/posts/kepentingan-senaman-core-muscleamat-penting-utk-kita-kuatkan-otot2-core-spt-abs-/408585080566573/
https://strengthsifoo.com/otot-teras/



