TIGA KERETA ROSAK DIHEMPAP POKOK TUMBANG AKIBAT HUJAN LEBAT DI IBU NEGERI

OPERASI: Pasukan APM menjalankan operasi mengalihkan pokok tumbang menghempap salah sebuah kereta.

KOTA KINABALU: Tiga kenderaan rosak selepas dihempap pokok tumbang dalam tiga kejadian berasingan susulan hujan lebat disertai angin kencang yang melanda bandar raya ini pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 8 pagi di perkarangan Ibu Pejabat Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, dua kenderaan jenis sedan dihempap pokok besar yang tumbang akibat ribut.

Fenomena cuaca buruk itu turut menyebabkan sebuah lagi kejadian di kawasan Kilang Kolombong apabila sebuah kereta sedan turut rosak dihempap pokok tumbang.

Sementara itu, satu lagi kejadian pokok tumbang dilaporkan di Jalan Tuaran berhampiran Wisma Wanita, menyebabkan laluan utama di kawasan berkenaan terhalang sepenuhnya dan menjejaskan kelancaran trafik untuk beberapa ketika.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Kinabalu, Kapten (PA) Aizex Junior, berkata tiga pasukan operasi digerakkan ke lokasi berasingan sebaik menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.

Beliau berkata, operasi mengalihkan pokok dijalankan segera bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan mengembalikan kelancaran trafik.

“Kerja-kerja pembersihan di lokasi mengambil masa kira-kira 30 minit sebelum semua laluan dibuka semula sepenuhnya.

“Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan,” katanya ketika dihubungi.

Aizex menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati ketika cuaca tidak menentu dan mengelak meletakkan kenderaan berhampiran pokok besar atau kawasan berisiko tinggi, terutama ketika hujan lebat dan angin kuat.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …