DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Hari Ramah Mesra Bersama Ibu Bapa Kanak-Kanak Istimewa anjuran Panel Penasihat Klinik Ibu dan Anak telah menghimpunkan kanak-kanak istimewa dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Timur Laut, guru- guru dan ibu bapa. Beberapa jabatan lain juga dijemput seperti Jabatan Fisioterapi, Jabatan Terapi Cara Kerja dan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berkait rapat dengan kanak-kanak istimewa.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti pameran pergigian, permainan interaktif dan pemeriksaan pergigian percuma. Hadiah istimewa juga diberikan kepada semua pengunjung yang melawati reruai kami.
Sumber : Bahagian Kesihatan Pergigian Pulau Pinang https://www.facebook.com/gigipenang



