JELAJAH AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Klinik Pergigian Sungai Dua (Daerah Timur Laut) telah dijemput menyertai serta mengendalikan aktiviti berkaitan kesihatan pergigian bersempena Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dalam Karnival Sihat Tanpa AIDS anjuran PKD Timur Laut dan USM Pulau Pinang.

Program ini menyasarkan penglibatan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta serta masyarakat setempat bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang penjagaan kesihatan dan kesihatan oral, di samping menggalakkan pemeriksaan kesihatan secara berkala dalam kalangan rakyat.
⭐️ Antara aktiviti menarik yang dijalankan:
🦷 Pameran pergigian
🎯 Permainan interaktif
🪥 Pemeriksaan pergigian percuma
💬 Kaunter nasihat kesihatan pergigian
Sumber : Bahagian Kesihatan Pergigian Pulau Pinang https://www.facebook.com/gigipenang

Artikel/Berita Terkini

APA ITU i-KAD?

𝙞-𝗞𝗔𝗗 adalah dokumen penting yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia untuk pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara PL(KS). Kad ini diberikan …

PENGHANTARAN UBAT MELALUI POS SECARA PERCUMA BERMULA 1 OKT 2026

Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan membantu Kementerian Kesihatan (KKM) membuat penghantaran ubat melalui pos secara percuma, …

KUNJUNGAN HORMAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jabatan Kastam …