DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

JPJ Negeri Pulau Pinang melaksanakan Ops Perang Lebih Muatan dengan fokus utama kenderaan barangan yang membawa lebih muatan, kesalahan teknikal dan kesalahan dokumentasi (slip pengesahan SLD). Penguatkuasaan ini bertujuan bagi memastikan semua pemandu dan pemilik kenderaan barangan mematuhi peraturan dan undang-undang dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan Kaedah-Kaedah dibawahnya.
Pemandu dan pemilik kenderaan barangan adalah dinasihat supaya mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa serta memastikan kenderaan selamat digunakan. Keselamatan di jalanraya tanggungjawab kita bersama.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang



