TATAKELOLA BAIK MEMUNGKINKAN LEBIH BANYAK MANFAAT KEPADA RAKYAT – PM

Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan rakyat akan terus menikmati lebih banyak manfaat menerusi Belanjawan 2026 tanpa perlu berdepan sebarang kenaikan cukai. Beliau berkata, perkara itu dapat dicapai hasil pelaksanaan tatakelola yang baik serta penguatkuasaan berkesan dalam mengurangkan ketirisan dan rasuah yang merugikan hasil negara.

 

Ujar Perdana Menteri, kerajaan boleh beri lebih banyak manfaat kepada rakyat tanpa menaikkan cukai, termasuk kepada penjawat awam, pelajar universiti dan dalam kemudahan kesihatan. Lazimnya untuk berikan lebih, kerajaan perlu kenakan cukai tambahan. Tetapi, sebelum memikirkan cukai baharu yang membebankan rakyat, kerajaan perlu memperbaiki sistem pentadbiran sedia ada dan pastikan ia cekap serta bebas daripada ketirisan dan rasuah. Menurutnya, pendekatan itu membuktikan pentadbiran kerajaan yang telus dan berakauntabiliti mampu menjana hasil lebih besar tanpa menambah beban kepada rakyat. Beliau berucap demikian ketika Perjumpaan Bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Oktober 2025.

 

Sumber: Berita RTM, 13 Oktober 2025

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …