LEMON LAW DALAM BELANJAWAN 2026: PERLINDUNGAN BARU UNTUK PENGGUNA

Pembentangan Belanjawan 2026 oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim PADA 10 Oktober 2025 (Jumaat) membawa khabar baik buat pengguna di Malaysia. Kerajaan mengumumkan rancangan untuk meminda Akta Perlindungan Pengguna 1999 bagi memasukkan elemen “Lemon Law” bagi melindungi pengguna khususnya dalam pembelian kenderaan baharu.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kajian kemungkinan mengenai undang-undang ini telah dijalankan sejak Mac 2024 untuk menilai kelemahan dalam akta sedia ada.

Pada Mei 2025, KPDN turut memaklumkan bahawa satu kertas kabinet telah dirangka bagi mencadangkan pindaan terhadap Akta Perlindungan Pengguna 1999 selepas enam bulan kajian menyeluruh.

Apa itu Lemon Law?

Lemon Law ialah undang-undang yang memberi hak kepada pengguna untuk menuntut pembaikan, penggantian atau bayaran balik sekiranya produk yang dibeli terutamanya kenderaan didapati rosak berulang kali walaupun telah diperbaiki.

Ia berbeza daripada waranti, kerana Lemon Law melindungi pengguna walaupun waranti masih atau sudah tamat, dan mewajibkan pengeluar bertanggungjawab jika produk gagal menepati standard yang dijanjikan.

Langkah ini dijangka akan mengembalikan keyakinan pengguna, memaksa pengeluar meningkatkan kawalan kualiti, serta memastikan pengguna tidak terus menanggung kerugian akibat produk cacat yang berulang kali gagal berfungsi.

Dengan pelaksanaan Lemon Law, Malaysia bergerak selangkah lebih ke hadapan dalam memastikan hak pengguna terus terpelihara dan keadilan dapat ditegakkan di pasaran automotif negara.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …