PENIPUAN IDENTITI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang (JIMPP) terus memperkukuh integriti kawalan sempadan apabila seorang lelaki warga Pakistan ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kerana menggunakan pasport palsu Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Tertuduh telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas (PATI) Butterworth dan mengaku bersalah atas kesalahan di bawah Seksyen 12(1)(a) Akta Pasport 1966 (Akta 150) kerana tanpa kuasa yang sah telah menggunakan senaskah pasport UAE untuk tujuan perjalanan di Malaysia.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda sejumlah RM5,000/- gagal bayar 5 bulan penjara sebagai pengajaran kepada Tertuduh dan juga kepada masyarakat umum terhadap cubaan menipu sistem imigresen negara.

Sumber : JIM Pulau Pinang https://www.facebook.com/jim.pulaupinang

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …