DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah membuat penguatkuasaan Ops khas βGempur Kenderaan Perdaganganβ dan Ops Speed Limitation Device (SLD) terhadap kenderaan perdagangan di Plaza Tol Juru.
Penguatkuasaan ini bertujuan memastikan pemandu dan pengusaha kenderaan perdagangan mematuhi peraturan dan undang – undang yang berkuatkuasa di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333) dan Kaedah-Kaedah dibawahnya serta Akta Pengangkutan Awam Darat APAD 2010 (Akta 715) serta memastikan kenderaan perdagangan selamat digunakan di jalanraya dengan menghadkan kelajuan maksimum kenderaan berat dan kenderaan perkhidmatan awam. Speed Limitation Device (SLD) atau Peranti Had Laju ialah satu alat elektronik yang dipasang pada kenderaan perdagangan untuk menghadkan kelajuan maksimum yang boleh dicapai pada kenderaan perdagangan.
Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang



