𝗢𝗣𝗦 𝗦𝗔𝗣𝗨 𝗗𝗜 𝗗𝗨𝗡𝗚𝗨𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗠𝗔𝗡

𝗞𝗘𝗠𝗔𝗠𝗔𝗡, 𝟲 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱 – Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu telah melaksanakan Operasi Sapu di sekitar daerah Dungun dan Kemaman bermula jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Operasi ini dijalankan hasil maklumat awam dan risikan bagi membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) yang melanggar undang-undang imigresen.

Sebanyak empat lokasi telah diperiksa melibatkan 18 individu pelbagai warganegara. Hasil pemeriksaan, seramai lima lelaki warga asing berumur antara 19 hingga 43 tahun telah ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Tangkapan dibuat di dua lokasi iaitu di sebuah kedai dobi di Taman Chukai Utama melibatkan seorang lelaki warga Bangladesh yang disiasat di bawah Peraturan 39(b) kerana melanggar syarat pas, serta di sebuah rumah dalam pembinaan di Kampung Beris, Kijal dengan empat lelaki warga Indonesia ditahan di bawah Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal melebihi tempoh pas yang dibenarkan.

Sumber : Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …