๐—ข๐—ฃ๐—ฆ ๐—›๐—œ๐—๐—”๐—จ ๐—ข๐—ฃ๐—ฆ ๐—ฆ๐—”๐—ฃ๐—จ: ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—จ๐—ก๐—ฌ๐—œ ๐——๐—œ ๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—š ๐—๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—จ ๐——๐—œ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ก

๐—›๐—จ๐—Ÿ๐—จ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ, ๐Ÿฐ ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ – Taktik sekumpulan 34 pendatang asing tanpa izin yang mendirikan penempatan jauh ke dalam kawasan ladang kelapa sawit di Jerangau bagi mengelak dihidu pihak berkuasa akhirnya tumpas apabila penempatan mereka dikesan dan diperiksa awal pagi semalam. Pasukan anggota penguat kuasa terpaksa meredah laluan tidak berturap, berbukit serta gelap sejauh lima kilometer tanpa lampu jalan bagi melakukan pemeriksaan tersebut, yang membawa kepada penahanan kesemua warga asing terbabit.

Mereka antara 38 pendatang asing tanpa izin yang ditahan dalam operasi penguatkuasaan Ops Hijau dan Ops Sapu oleh sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu pada 4 Oktober 2025 bermula jam 8.00 malam hingga 6.00 pagi keesokan harinya. Sebanyak tujuh premis diperiksa melibatkan seramai 81 individu di daerah Kuala Terengganu, Dungun, Hulu Terengganu dan Marang. Tangkapan melibatkan 29 lelaki dan 3 wanita warga Indonesia, seorang lelaki Bangladesh serta lima lelaki warga Myanmar berumur antara 20 hingga 55 tahun.

Lokasi yang mencatatkan tangkapan tertinggi ialah sebuah rumah pekerja ladang di kawasan Jerangau, Hulu Terengganu yang menempatkan 26 warga Indonesia. Turut ditahan di lokasi berhampiran adalah lapan pendatang asing di sebuah rumah pekerja ladang lain terdiri daripada warga Indonesia, Myanmar dan Bangladesh. Tangkapan lain turut direkodkan di sebuah rumah kediaman di Kampung Bukit Kubang Jambu, Kuala Terengganu (2 warga Indonesia) dan rumah kedai di Kampung Baru Kuala Abang, Dungun (2 warga Indonesia).

Sumber : Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.ย  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR ย KOTA KINABALU: Sindiket โ€˜bomoh Cinaโ€™ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …