DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) hari ini telah mengadakan Majlis Anugerah Pekerja Contoh Tahun 2025 bertempat di Dewan Kenanga, Menara Bandaraya MBSP. Sebanyak 100 orang penerima daripada pelbagai jabatan dan unit dipilih menerima pengiktirafan berdasarkan pencalonan ketua jabatan serta pengesahan Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM). Anugerah ini diberikan sebagai tanda penghargaan terhadap kecemerlangan, disiplin, integriti dan dedikasi warga kerja MBSP.
Pengiktirafan ini menjadi pencetus semangat untuk seluruh warga MBSP terus berkhidmat dengan penuh ikhlas dan dedikasi. Kecemerlangan bukan berlaku secara kebetulan, sebaliknya lahir daripada kerja keras, disiplin dan keikhlasan.
Sumber : Majlis Bandaraya Seberang PeraiΒ https://www.facebook.com/mbsp.pg



