DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Ops Khas Gempur Kenderaan Perdagangan, kesalahan membawa lebih muatan antara fokus utama unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang. Membawa lebih muatan melebihi had dibenarkan, boleh mengundang bahaya seperti kemalangan dan pelbagai masalah kepada pengguna jalan raya.
Sebanyak 21 buah kenderaan barangan telah dikenakan tindakan saman di bawah Seksyen 57(1) (b) (iv) Akta Pengangkutan Awam Darat ( APAD ) 2010 dan kesalahan di bawah Kaedah 89 MV (C&U) 1959, dan 5 buah lagi kenderaan barangan gagal hadir timbang. Kesalahan lain dikesan membawa muatan secara bahaya, bawa kayu penyendal secara tidak selamat, tidak tutup muatan dan kesalahan teknikal iaitu tayar haus berlebihan, cermin gelap, ubahsuai kenderaan dan gagal selenggara kenderaan dengan baik.
Sumber : JPJ Negeri pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang



