SULTAN NAZRIN SHAH BERKENAN RASMI PROJEK COACH, LANCAR BUKU WIRA WIRAWATI KASTAM

Ayer Keroh – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan merasmikan Pembangunan Projek Cointainer Akmal Challenge (CoACh) dan Pelancaran Buku Wira Wirawati Kastam di Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) Bukit Baru, di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba Sultan Nazrin Shah bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim turut diiringi Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri, Toh Puan Datuk Wira Dr. Asmah Abdul Rahman.

Turut menyambut keberangkatan tiba Sultan Nazrin Shah adalah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri, Datin Seri Aezer Zubin.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Azhar Arshad; barisan Exco, Timbalan Exco, wakil jabatan, agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Pada majlis berkenaan Sultan Nazrin Shah berkenan menandatangani plak Pembangunan Projek CoACh selain melancarkan buku Wira Wirawati Kastam.

Usai majlis perasmian Sultan Nazrin dan Tuanku Zara berkenan melawat pameran AKMAL serta sesi bergambar bersama kenamaan sebelum berangkat pulang.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …