RUMAH KONGSI 10 PINTU MUSNAH TERBAKAR

OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman di lokasi kejadian.

KINABATANGAN: Sebuah rumah kongsi 10 pintu musnah dalam kebakaran di kawasan Pejabat Sabah Land Development Board (SLDB) Suan Lamba, di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Hairi Otuh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.46 pagi.

Katanya, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) bersama empat anggota digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 51 kilometer.

“Setibanya di lokasi, kebakaran membabitkan rumah kongsi tidak kekal berkeluasan 100 x 30 kaki yang sudah terbakar 100 peratus dan sebuah kenderaan turut terbakar kira-kira dua peratus.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan teknik ‘Defensive’ dengan dua aliran sepanjang 200 kaki menggunakan sumber air dari jentera bomba,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 12.40 tengah hari manakala operasi ditamatkan pada jam 2.37 petang.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden berkenaan dan kerja-kerja overhaul turut dijalankan bagi memastikan tiada lagi bahaya lain wujud,” katanya.

“Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …