KERAJAAN TIDAK CADANG UBAH PRINSIP ROGOL STATUTORI – AZALINA

Bukit Palah – Kerajaan masih berpegang kepada peruntukan undang-undang antarabangsa berhubung prinsip rogol statutori.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kerajaan sentiasa mengkaji berhubung undang-undang jenayah, selain ia bertetapan dengan piawaian antarabangsa yang memberi keutaman perlindungan kepada kanak-kanak bawah 18 tahun.

“Setakat ini saya rasa kita tidak akan berganjak daripada perkara itu kerana posisi kita memang berpegang kepada standard antarabangsa dan prinsip rogol statutori.

“Namun begitu, kita mempunyai sistem undang-undang yang memberi perlindungan selain kita juga perlu lihat tentang hubungan antarabangsa termasuk Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Sesi Townhall Antibuli Peringkat Negeri Melaka, Negeri Sembilan di Auditorium Masjid Al-Azim, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rosli Abdullah; Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar dan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Amzan Abd Malek.

Menurut Azalina, sebarang cadangan perlu dilihat dalam kerangka komitmen antarabangsa dan kepentingan melindungi kanak-kanak termasuk kes rogol statutori yang membabitkan mangsa di bawah umur.

“Kita mempunyai saluran rasmi bagi meneliti sebarang cadangan reformasi undang-undang menerusi Jawatankuasa Pembaharuan Undang-Undang Jenayah (CLRC).

“Untuk itu apa-apa cadangan boleh dikemukakan tetapi kita akan berpegang pada prinsip asas rogol statutori,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mencadangkan agar undang-undang dikaji semula supaya remaja perempuan bawah umur yang terlibat dalam kes rogol atas kerelaan turut boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Cadangan itu bagaimanapun menerima pelbagai reaksi yang menyifatkannya sebagai bertentangan dengan prinsip perlindungan kanak-kanak.
Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …