Sekuriti Makanan Archives - Laman Web MKN

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?
Pengenalan

Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, makanan ruji bagi lebih 30 juta rakyat. Pengeluaran padi melibatkan ribuan pesawah di seluruh negara, tetapi negeri Kedah Darul Aman ternyata lebih menonjol sebagai penyumbang terbesar, menjadikannya komponen penting dalam memastikan jaminan sekuriti makanan negara.

Kedah Sebagai Jelapang Padi Negara: Statistik Pengeluaran

Statistik yang dicerap melalui data yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia pada tahun 2023 menunjukkan, jumlah pengeluaran padi negara secara purata mencecah 2.5 juta tan metrik setahun, dengan negeri Kedah sahaja menyumbang kira-kira:

1 juta tan metrik padi setahun, iaitu bersamaan lebih 40% daripada keseluruhan pengeluaran negara.

Kawasan di bawah pengurusan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) meliputi 100,000 hektar sawah yang beroperasi dua musim setahun.

Hasil purata per hektar di Kedah berada sekitar 0 tan metrik per musim, lebih tinggi berbanding beberapa negeri lain seperti Selangor, Kelantan, dan Perlis.

Oleh yang demikian, negeri Kedah bukan sekadar penyumbang utama kepada beras tempatan tetapi juga penentu kepada kestabilan harga dan bekalan beras nasional.

Kaedah Penanaman dan Cabaran Pesawah

Sebelum kita meneliti mengenai isu beras dan padi ini, kita perlu memahami bagaimana kaedah penanaman padi serta cabaran yang dilalui oleh pesawah, khususnya di negeri Kedah. Kebanyakan pesawah pada masa kini menggunakan kombinasi kaedah tradisional dan moden, termasuk:

Tabur terus dan transplantasi; dan

Penggunaan jentera seperti transplanter dan combine harvester.

Namun, pesawah menghadapi cabaran besar:

Kos input meningkat (benih, baja, racun perosak);

Kesan perubahan iklim (banjir, musim kemarau tidak menentu);

Masalah serangan makluk perosak dan penyakit tanaman;

Pendapatan rendah, di bawah paras kemiskinan bagi sebahagian pesawah kecil;

Kurang minat generasi muda untuk mewarisi pekerjaan ini daripada generasi sebelumnya.

Kebergantungan kepada sistem subsidi kerajaan juga menjadikan industri ini sangat terdedah kepada dasar fiskal dan ketidaktentuan pasaran global. Cabaran ini, dilihat sukar diatasi sehingga ke hari ini.

Kehilangan Beras Tempatan dan Ketidakseimbangan Pasaran

Isu kehilangan beras putih tempatan dalam pasaran telah menjadi tumpuan umum sejak 2022. Rak-rak di kedai runcit mahupun pasar raya kecil, seringkali dilihat kosong apabila menyentuh mengenai beras putih tempatan. Manakala di pasar raya yang besar, lebih banyak mempamerkan beras import yang lebih mahal, sedangkan pengguna mengharapkan bekalan beras tempatan yang lebih mampu milik.

Antara faktor yang menyumbang kepada perkara ini ialah:

Pengeluaran domestik tidak mencukupi untuk menampung permintaan;

Keutamaan pengimport kepada beras import berbanding pengedaran beras tempatan;

Penyelewengan dan aktiviti penyeludupan; dan

Kelemahan dalam penguatkuasaan dan agihan beras putih tempatan.

Satu perkara yang tidak dapat ditolak adalah kewujudan beras putih tempatan di lokasi-lokasi sekitar sempadan negara, sebagaimana berlaku terhadap minyak masak paket. Mengapa ini berlaku? Kerana adanya permintaan. Apa yang harus kita renungkan, sampai bila keadaan ini perlu berlanjutan sedangkan golongan yang terkesan khususnya di Malaysia terpaksa akhirnya mendapatkan beras import yang harganya lebih mahal ini. Apabila kita bercakap mengenai penghasilan dan pengeluaran beras tempatan yang mencecah 2.5 juta tan metrik setahun, tetapi beras import pula yang banyak di pasaran, menjadikan rakyat tertanya-tanya adakah berlakunya aktiviti tidak sihat seperti pembungkusan semula beras putih tempatan yang ditukarkan sebagai beras import bagi mengaut keuntungan yang lebih tinggi, yang terang-terangan menguntungkan hanya segelintir pihak. Perkara ini seharusnya difikirkan bersama.

Import Beras Malaysia: Kebergantungan dan Risiko

Malaysia masih belum mencapai Tahap Sara Diri (SSL) yang ideal bagi beras. SSL semasa adalah sekitar 63%, manakala selebihnya bergantung kepada import beras sebanyak 800,000 hingga 1 juta tan metrik setahun.

Pada masa ini, pengeluaran padi di Malaysia masih tidak dapat menampung keperluan dan penggunaannya, Oleh yang demikian, kita masih perlu bergantung kepada import dari negara lain. Antaranya ialah Thailand, Vietnam, India dan Pakistan

Namun begitu, ketegangan geopolitik, krisis makanan global dan perubahan dasar negara pengeksport telah menjejaskan kestabilan import:

India, misalnya, mengenakan larangan eksport beras putih bukan basmati sejak 2023 bagi mengawal inflasi domestik;

Vietnam dan Thailand meningkatkan harga eksport kerana permintaan tinggi dari negara luar termasuk China dan Timur Tengah;

Gangguan ini menyebabkan kenaikan harga beras import, sekaligus memberi tekanan kepada pengguna di Malaysia. Kebergantungan kepada import menjadikan Malaysia terdedah kepada faktor luar, sekali gus mengancam keterjaminan makanan dalam jangka masa panjang.

Respons Polisi: Harga Lantai dan Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021–2025

Dalam usaha memulihkan sektor padi dan menggalakkan pengeluaran tempatan, kerajaan MADANI menetapkan harga lantai belian padi sebanyak RM1,500 per tan metrik mulai 16 Februari 2025. Ini merupakan peningkatan yang amat dialu-alukan setelah sekian lama harga lantai berada pada tahap tidak kompetitif.

Sungguhpun demikian, terdapat juga pihak yang tidak bertanggungjawab cuba memainkan naratif tidak sihat apabila sengaja menggembar-gemburkan perihal harga belian padi sepatutnya boleh dijual sehingga mencecah RM1,800 per tan metrik.

Selaras dengan Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021–2025, yang menyenaraikan sekuriti makanan (food security) sebagai salah satu teras keselamatan di bawah teras ketujuh (Pembangunan Mampan). DKN 2021-2025 memperincikan:

Makanan sebagai keperluan asas dan aset strategik negara;

Keperluan mengurangkan kebergantungan kepada import makanan; dan

Sokongan kepada pengeluaran domestik, termasuk melalui digitalisasi, teknologi pertanian dan pemodenan ladang.

Kegagalan menjamin bekalan makanan boleh mencetuskan krisis sosial dan politik, termasuk ketidakstabilan ekonomi, protes atau demonstrasi, serta peningkatan kadar kemiskinan khususnya di bandar.

Kesimpulan dan Saranan

Intihanya, industri padi dan beras Malaysia terutamanya di negeri Kedah merupakan tulang belakang kepada sekuriti makanan negara. Namun, cabaran yang kompleks seperti kenaikan kos input, ketidakseimbangan pasaran, dan kebergantungan kepada import menuntut tindakan holistik.

Kerajaan MADANI juga dilihat komited untuk menjadikan industri padi dan beras sebagai tunjang utama kepada keterjaminan makanan negara. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu turut dilihat yakin matlamat itu dapat direalisasikan demi kesejahteraan generasi kini dan masa hadapan sambal menegaskan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut akan melancarkan projek penanaman padi lima musim dua tahun yang menelan belanja RM1 bilion pada tahun ini. Ketika ini, penanaman padi masih terhad kepada dua musim setahun.

Cadangan lain yang boleh diterokai bagi memastikan sekuriti makanan, khasnya padi lebih terjamin disenaraikan seperti berikut:

Pelaburan dalam teknologi dan infrastruktur pengairan;

Latihan generasi muda pesawah dan insentif penglibatan belia;

Peningkatan ketelusan sistem agihan beras tempatan;

Pemantauan harga dan kawalan aktiviti penyeludupan; dan

Diversifikasi varieti padi yang tahan cuaca ekstrem.

Dengan pengukuhan dasar dan kerjasama antara kerajaan, industri, dan petani, Malaysia mampu meningkatkan kadar sara diri dan mengurangkan risiko krisis makanan di masa hadapan.

Disediakan oleh:

Mohd Noor Hisyam bin Ab Latif

The post ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA? appeared first on Laman Web MKN.

TERENGGANU BERADA DI LANDASAN YANG TERBAIK DALAM USAHA MENGATASI KRISIS MAKANAN
KUALA TERENGGANU, 9 JUN 2022

Dalam krisis yang mencetuskan isu sekuriti makanan (food security), Negeri Terengganu telah berada di landasan terbaik untuk muncul sebagai negeri pengeluar makanan. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Luar Bandarnya, Dr. Azman Ibrahim berkata, sejak sebelum krisis melanda sebenarnya kerajaan negeri telah melaksanakan Pelan Strategik Terengganu 2019-2023 untuk menjadikan negeri pesisir pantai itu sebagai negeri pengeluar makanan.

Sebagai contoh bahan makanan asas iaitu beras padi. Pada tahun 2018, penghasilan oleh petani Terengganu adalah sebanyak 43 peratus, tetapi setahun  selepas itu ia berjaya naik kepada 48 peratus. Manakala, pada tahun 2020 ia terus meningkat kepada 53 peratus dan tahun 2021 ia berjaya capai penghasilan beras padi pada 55 peratus.

Tambahan, selain peningkatan hasil daripada pertanian, program memperkaya sumber perikanan turut menampakkan hasil apabila data tangkapan ikan yang direkodkan daripada Januari sehingga April baru-baru ini menunjukkan peningkatan sekitar 10 peratus. Begitu juga dengan bekalan ayam yang menjadi isu utama ketika ini, bekalan ayam di Negeri Terengganu kini adalah sebanyak 64 peratus dan hanya 30 peratus lebih sahaja dibawa dari luar.

Kerajaan negeri turut berusaha membangunkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Telaga Papan, Setiu sebagai Zon Penternakan Unggas dan kerajaan negeri turut mempelawa pemaju-pemaju untuk melabur dengan infrastruktur asas yang telah tersedia bagi meningkatkan bekalan sedia ada. Selain itu menurutnya, kerajaan negeri juga sedang berusaha mewujudkan kilang makanan ternakan bagi menyelesaikan masalah sumber makanan ternakan di Bukit Kor, Marang.

Tindakan konsisten perlu terus dilaksanakan seperti pemerhatian dekat harga pasaran bekalan makanan di lapangan, penyampaian maklumat jelas dan telus, memudah cara khidmat membantu petani, penternak dan peladang. Dengan ini, penghasilan produk pertanian secara berterusan dan peningkatan inovasi pemasaran bahan pertanian dapat dijamin agar bekalan sumber makanan sampai ke rakyat.

Usaha ini bagi memenuhi aspek asas kehidupan rakyat sentiasa terjamin dengan membekalkan sumber makanan mencukupi dan mampu dimiliki sepanjang waktu pandemik ini.

NILAI TERAS PEMBANGUNAN MAMPAN

SEKURITI MAKANAN

The post TERENGGANU BERADA DI LANDASAN YANG TERBAIK DALAM USAHA MENGATASI KRISIS MAKANAN appeared first on Laman Web MKN.

PESAWAH DI TERENGGANU TERIMA BENIH PADI IS21
KUALA TERENGGANU, 7 Jun 2022

Sebanyak 200 beg benih padi IS21 disumbangkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) kepada 50 pesawah kawasan Kuala Terengganu bagi membantu meningkatkan pengeluaran hasil padi dalam negeri.

Menurut Timbalan Menteri MOSTI, Datuk Ahmad Amzad Hashim, benih padi IS21 yang dijenamakan semula daripada benih NMR152 melalui kajian biak baka mutasi aruhan sinaran gama itu merupakan pencapaian terbaik dihasilkan Nuklear Malaysia bagi meningkatkan pengeluaran sara diri (SSL) padi negara.

Teknologi benih padi baharu IS21 inisiatif Nuklear Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) membantu meningkatkan produktiviti padi dengan anggaran hasil 40 hingga 67 peratus lebih tinggi berbanding purata pengeluaran kebangsaan. Benih padi IS21 juga mampu mengeluarkan hasil padi hingga 9 tan sehektar mengikut kawasan penanaman manakala kos penanaman dapat dikurangkan sebanyak 10 hingga 20 peratus kerana penggunaan baja dan racun perosak yang kurang. Benih padi berkenaan mempunyai daya tahan tinggi terhadap cuaca ekstrem dan mempunyai daya rintang terhadap beberapa penyakit padi yang sering merugikan pesawah.

Sebelum ini, antara masalah besar dalam pertanian adalah baja dan racun serangga dan ia dapat kurangkan kebergantungan kepada kedua-duanya melalui jenis benih padi IS21 kerajaan akan dapat menyelesaikan sedikit sebanyak masalah pengeluaran makanan ruji rakyat Malaysia iaitu beras.

Dengan bantuan seperti ini, kerajaan berharap agar rakyat dapat mengusahakan tanaman padi dengan lebih baik dan effisien dalam usaha untuk mengekalkan stok simpanan makanan negara agar ia tidak berkurang selara dengan keperluan dalam Sekuriti Makanan yang diletakkan dibawah nilai teras Pembangunan Mampan didalam Dasar Keselamatan Negara 2021-2025.

The post PESAWAH DI TERENGGANU TERIMA BENIH PADI IS21 appeared first on Laman Web MKN.