Patriotisme Archives - Laman Web MKN

BILA RASA MEMILIKI ITU HILANG, MUDAH BENAR KITA MELEPAS PEGANG
Apa maknanya merdeka kalau tak pernah merasa dijajah?

Soalan ini mungkin kedengaran sinis. Tetapi ia sebenarnya menyentuh satu realiti yang semakin sukar dinafikan. Generasi hari ini lahir dalam dunia yang telah merdeka. Bebas bergerak, bebas bersuara, bebas memilih. Maka tidak hairanlah jika semangat kemerdekaan yang suatu masa dahulu menjadi nadi perjuangan generasi terdahulu, hari ini dirasakan sebagai sesuatu yang jauh dan ‘asing’.

Kita tidak menyalahkan mereka yang lahir selepas 1957 kerana tidak melalui jerih perih zaman penjajahan. Tetapi menjadi suatu kerugian besar apabila kebebasan yang diwarisi itu tidak dihayati sebagai amanah. Sebaliknya dirai sebagai ‘hak mutlak’ yang tidak perlu dipertahankan. Apabila rasa memiliki terhadap negara mula luntur, maka mudahlah semangat mempertahankannya juga terhakis. Perlahan-lahan, tanpa kita sedar.

Merdeka Tanpa Mengerti Luka

Generasi terdahulu hidup dalam zaman serba kekurangan. Dihimpit darurat, berdepan ancaman komunis dan membina negara daripada tapak yang hampir kosong. Nilai ‘merdeka’ bagi mereka bukan sekadar tanggal 31 Ogos yang diraikan saban tahun. Tetapi sebuah noktah darah dan air mata yang menandakan bermulanya satu perjuangan baru. Perjuangan membina negara sendiri. Dengan acuan sendiri.

Sebaliknya hari ini, generasi muda lahir dalam dunia yang serba ada. Ekonomi terbuka, akses maklumat tanpa had, pendidikan percuma, subsidi, peluang pekerjaan, kebebasan bersuara. Segalanya seolah-olah datang dengan mudah. Dan dalam kemudahan itulah, lahir satu rasa leka dan jauh.

Sembang-sembang dengan mereka yang pernah melalui zaman getir sebelum merdeka, sering disulami dengan satu keluhan yang sama.

“Budak-budak sekarang dah tak rasa kemerdekaan tu. Depa anggap semuanya memang patut dapat.”

Normalisasi Sinisme & Lupa Sejarah

Kita tidak menolak kematangan anak muda untuk berfikir secara kritikal. Malah, demokrasi yang sihat memang memerlukan suara-suara dari pelbagai arah. Namun yang membimbangkan ialah apabila sikap memperlekeh menjadi kebiasaan dan rasa cinta terhadap negara dianggap ‘cringe’ atau klise.

Isu-isu sensitif seperti 3R (agama, kaum, raja) dan peristiwa 13 Mei sering dijadikan bahan debat kosong di media sosial. Generasi yang tidak pernah melalui detik getir itu bercakap seolah-olah peristiwa tersebut hanya cebisan sejarah yang boleh diputar semula bila-bila masa. Sedangkan bagi mereka yang mengalaminya, itu adalah trauma yang tidak wajar dibuka sesuka hati. Apatah lagi dijadikan modal provokasi.

Apabila rasa memiliki itu hilang, kita tidak lagi melihat diri sebagai sebahagian daripada negara ini. Kita menjadi ‘penonton’ yang hanya tahu menuding jari. Bukannya ‘penjaga’ yang prihatin terhadap setiap retak yang berlaku.

Negara Ini Bukan Sekadar Milik, Tapi Amanah

Patriotisme bukan bermakna kita tidak boleh mengkritik. Tetapi biarlah kritikan itu lahir daripada rasa cinta, bukan benci. Biarlah ia dibina atas kesedaran untuk membaiki, bukan untuk merobohkan.

Kita tidak perlukan semua orang menjadi wira. Cukup sekadar menjadi warga yang sedar bahawa setiap ucapan, tindakan dan keputusan kita memberi kesan kepada wajah negara ini. Cukup sekadar ada rasa ingin menjaga, bukan sekadar menerima.

Kerana tanah ini bukan sekadar tempat tumpah darah. Ia adalah tempat anak-anak kita membesar, tempat cerita kita ditulis, tempat masa depan dibentuk.

Akhir kata, peganglah. Jangan lepas.

Merdeka bukan kisah semalam. Ia adalah perjalanan yang masih berjalan. Ia bukan sekadar warisan tetapi juga tanggungjawab.

Dan dalam dunia yang semakin hingar, penuh dengan suara-suara yang cuba memecah dan memisah, kita perlu kembali bertanya pada diri.

masih adakah rasa memiliki itu dalam hati kita?

Jika ya, maka genggamlah ia. Kerana bila rasa memiliki itu hilang, mudah benar kita melepas pegang. Dan bila pegangan itu terlepas, tidak semua yang jatuh akan dapat diselamatkan semula.

Disediakan oleh:

Che Nur Syafiqkah

The post BILA RASA MEMILIKI ITU HILANG, MUDAH BENAR KITA MELEPAS PEGANG appeared first on Laman Web MKN.

SEMANGAT PATRIOTISME PENTING DALAM ARUS DUNIA GLOBALISASI MASA KINI
Patriotisme merupakan satu perasaan atau emosi yang diekspresikan sebagai tanda cinta dan sayang kepada tanah air. Patriotisme penting dalam memastikan kedaulatan negara dipertahankan dan rakyat dapat hidup secara aman damai. Dasar Keselamatan Negara 2021 – 2025 turut menjelaskan tentang memperkasa semangat patriotisme dengan mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan fungsi tugas. Pengurusan keselamatan adalah tanggungjawab semua dan merupakan keselamatan menyeluruh. Rakyat berkewajipan memelihara kedaulatan Malaysia daripada segala ancaman sama ada dari dalaman mahupun luaran, atas kepentingan memupuk semangat patriotisme di dalam dunia globalisasi dan ledakan teknologi maklumat kini.

Islam telah menggariskan dengan jelas tentang patriotisme khususnya berhubung kait dengan kepentingan untuk mempertahankan keselamatan dan maruah negara apatah lagi jika sesebuah negara itu adalah negara umat Islam. Janganlah ada dalam kalangan kita yang bersikap mementingkan diri sendiri sehingga keharmonian dan kedaulatan di negara kita terancam, retak dan hancur.

Mutakhir ini pelbagai cara sedang dilakukan oleh musuh-musuh untuk melemahkan patriotisme ummah antaranya manipulasi fakta, pencemaran budaya, penyebaran racun akidah dan pemikiran yang dilakukan dan disebarkan antaranya melalui media sosial. penjajahan minda di bawah media baharu yang canggih menjadikan ruang sosial tidak mempunyai sempadan lagi dan segala maklumat memenuhi ruang tanpa kawalan dan pemantauan yang berkesan. Sekiranya perkara ini kita hadapi tanpa strategi dan perancangan yang teratur, dibimbangi akan menghakiskan semangat patriotisme rakyat di negara kita. sikap tidak kasih kepada negara, memporak-perandakan negara, memusnahkan perpaduan kaum, dan mementingkan diri boleh menghancurkan kedaulatan bangsa dan negara. Pupuklah nilai keprihatinan dalam diri kita dan masyarakat berteraskan keimanan dan ketaqwaan yang sejati agar semangat persaudaraan dan kasih sayang antara satu sama lain semakin utuh dan mantap. Patriotisme harus difahami sebagai perasaan mesra dan merupakan satu sentimen yang mempunyai kaitan dengan negara bangsa. Patriotisme juga membayangkan bahawa seseorang wajar mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan diri dan kelompoknya. Ketika peperangan, mungkin nyawa diri yang perlu dikorbankan. Tanpa kita sedar patriotisme memainkan peranan yang sangat penting dalam diri setiap rakyat Malaysia dalam mengekalkan keamanan yang sedia ada.

Justeru, penumpuan terhadap pengaruh yang menerapkan nilai-nilai patriotisme perlu diberi perhatian agar elemen ini dapat mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat secara efektif dan efisien memastikan pembinaan kehidupan yang lebih baik dan menjamin keselamatan negara. Semangat patriosme dan kecintaan yang tinggi kepada negara merupakan banteng bagi mempertahankan serta menjamin keharmonian yang dinikmati kini terus dikekalkan.

Sumber: BERNAMA

The post SEMANGAT PATRIOTISME PENTING DALAM ARUS DUNIA GLOBALISASI MASA KINI appeared first on Laman Web MKN.