MKN Negeri Sembilan Archives - Laman Web MKN

MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN TAWAR INSENTIF RM50 SERAH ANJING TERBIAR
MAJLIS Bandaraya Seremban (MBS) menawarkan insentif kepada penduduk yang menyerahkan anjing terbiar secara sukarela menerusi Program Pemberian Insentif Penyerahan Anjing Terbiar Secara Sukarela 2026.

Program yang akan bermula pada 24 Ogos ini bertujuan membantu mengawal populasi anjing terbiar selain meningkatkan kebersihan, keselamatan dan kesejahteraan komuniti di kawasan pentadbiran MBS. Berdasarkan perkongsian di Facebook MBS, insentif sebanyak RM50 bagi seekor anjing dewasa dan RM25 bagi anak anjing berusia bawah enam bulan ditawarkan.

Antara syarat ditetapkan ialah pemohon mestilah warganegara Malaysia dan penduduk dalam kawasan pentadbiran MBS. Anjing yang diserahkan mestilah dalam keadaan hidup, tidak mengalami kecederaan serius atau didera serta tidak berlesen atau mempunyai bukti pemilikan.

Penyerahan boleh dilakukan kepada Jabatan Kesihatan Persekitaran, Wisma MBS, antara pukul 9 pagi hingga 4 petang, tertakluk kepada tarikh, lokasi dan arahan pegawai MBS. Pemohon akan dihubungi pihak MBS bagi memaklumkan status permohonan serta penyerahan salinan borang yang disahkan dalam tempoh tujuh hari bekerja. Menurut MBS, anjing yang diserahkan akan dihantar ke paun milik MBS yang diuruskan oleh badan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik bagi penjagaan.

Orang ramai yang berminat boleh mengimbas kod QR pada poster program untuk membuat permohonan. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Jabatan Kesihatan Persekitaran MBS di talian 06-7654246 atau 06-7654298.

Sumber: MStar online

The post MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN TAWAR INSENTIF RM50 SERAH ANJING TERBIAR appeared first on Laman Web MKN.

ANGGOTA TENTERA CEDERA TERKENA TEMBAKAN RAKAN DI PORT DICKSON
Seorang anggota tentera cedera selepas disyaki terkena tembakan yang dilepaskan rakannya ketika berada di lapang sasar dekat Sungai Menyala, Port Dickson, petang semalam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasharudin Mohd Shariff berkata mangsa cedera di muka dan kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar di sini dengan keadaanya dilaporkan stabil.

Pihaknya mengesahkan menerima satu laporan berhubung kejadian seorang anggota tentera terkena tembakan di lapang sasar, Sungai Menyala. Kejadian dilaporkan kira-kira jam 2.15 petang ketika mangsa bersama beberapa anggota lain berada di lokasi berkenaan. Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai terkena tembakan yang dilepaskan seorang rakan sepasukan.

Susulan itu, seorang lelaki berusia lingkungan 20-an yang juga anggota tentera ditahan bagi membantu siasatan. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 337 Kanun Keseksaan. Orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu bagi mengelak penyebaran maklumat tidak tepat sehingga boleh menjejaskan proses siasatan.

Sumber: Berita Harian

The post ANGGOTA TENTERA CEDERA TERKENA TEMBAKAN RAKAN DI PORT DICKSON appeared first on Laman Web MKN.

TIGA WARGA BANGLADESH MAUT BERGADUH SESAMA SENDIRI
Tiga warga Bangladesh maut, manakala seorang lagi parah selepas dipercayai bergaduh sesama sendiri di rumah di Taman Linggi, di sini petang semalam.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, dalam kejadian jam 4.15 petang semalam, polis turut menahan seorang rakan senegara mereka dipercayai terbabit dalam kejadian. Mangsa yang cedera dirawat di Hospital Rembau.

Polis menerima maklumat awal daripada orang awam berhubung satu kejadian pergaduhan membabitkan beberapa warga Bangladesh di sebuah rumah di Taman Linggi, di sini petang semalam. Bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan Polis dari Balai Polis Linggi bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya menahan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 40-an yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

Siasatan awal membawa kepada penemuan dua lagi mayat di kawasan Ladang Sua Manggis, Linggi. Dalam kejadian ini, tiga lelaki warga Bangladesh disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan, manakala seorang lagi mengalami kecederaan dan sedang dirawat di Hospital Rembau. Siasatan awal mendapati, semua suspek adalah rakan sekerja yang bekerja dan tinggal di kediaman yang sama.

Kejadian dipercayai berlaku di beberapa lokasi dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti kronologi sebenar kejadian. Semakan awal mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. Suspek akan di bawa ke Mahkamah Majistret Port Dickson pada hari ini bagi permohonan reman. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, manakala motif kejadian masih dalam siasatan.

Sumber: Berita Harian

The post TIGA WARGA BANGLADESH MAUT BERGADUH SESAMA SENDIRI appeared first on Laman Web MKN.

PADAH SELUDUP MINUMAN KERAS, ALAT GANTI KENDERAAN RM4.6 JUTA
Taktik dua sindiket menggunakan lori untuk membawa keluar pelbagai barangan elektronik, alat ganti kenderaan serta minuman keras dari zon bebas bagi mengelak dikenakan duti akhirnya terbongkar. Kegiatan itu berjaya dihidu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sebelum barangan dagangan yang dianggarkan bernilai RM4.6 juta berjaya dirampas.

Menurut Pengarah Kastam Negeri Sembilan, Jamal Paiman, operasi itu dilaksanakan Bahagian Penguatkuasaan JKDM Negeri Sembilan dalam dua serbuan pada awal Julai lalu membabitkan nilai cukai RM7.6 juta.

Dalam serbuan pertama kira-kira jam 3 petang 1 Julai lalu, kami menahan dan melakukan pemeriksaan ke atas sebuah lori jenis Isuzu di bahu jalan di kawasan Sepang, Selangor. Hasil pemeriksaan mendapati, terdapat sejumlah 426 kotak pelbagai jenis barang campur seperti barangan elektronik dan alat ganti kenderaan yang disyaki tidak diikrar mengikut peraturan yang ditetapkan. Jumlah keseluruhan nilai sitaan barangan tersebut bersama lori dianggarkan bernilai RM640,268, manakala duti dianggarkan bernilai RM69,873. Seorang lelaki warga tempatan berusia 34 tahun telah ditahan untuk siasatan lanjut dan kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967.

Modus operandi sindiket ialah barang campur diseludup dan dipercayai dibawa keluar dari kawasan zon bebas ke Kawasan Utama Kastam tanpa pengikraran yang betul dengan menggunakan kenderaan seperti lori bagi tujuan mengelakkan pembayaran cukai/duti yang terbabit.

Dalam serbuan kedua jam 9.30 malam hari sama, sejumlah 16,096 botol dan 568,470 tin pelbagai jenis minuman keras yang disyaki sebagai barang larangan import di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import ) 2023 telah dijumpai di sebuah gudang di Port Klang Free Zone, Selangor. Kesemua barangan terbabit telah disita mengikut Seksyen 114 Akta Kastam 1967, manakala seorang lelaki warga tempatan berusia 27 tahun telah ditahan untuk siasatan. Jumlah keseluruhan nilai sitaan minuman keras pelbagai jenis dianggarkan RM4,02 juta manakala duti/cukai dianggarkan sebanyak RM7.5 juta.

Modus operandi sindiket ialah minuman keras itu diimport dan disimpan dalam gudang di kawasan Zon Bebas dan dibawa keluar dari kawasan Zon Bebas ke Kawasan Utama Kastam tanpa melalui prosedur yang sah.  Kes berkenaan sedang disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Butiran 30(1)(a) Peraturan Peraturan Zon Bebas 1990.

Sumber: Sinar Harian

The post PADAH SELUDUP MINUMAN KERAS, ALAT GANTI KENDERAAN RM4.6 JUTA appeared first on Laman Web MKN.

PRN NEGERI SEMBILAN: 92 LAPORAN POLIS DITERIMA, 24 KERTAS SIASATAN DIBUKA – KPN
Sebanyak 92 laporan polis diterima dengan 24 kertas siasatan dibuka sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 yang berakhir tengah malam sebelum hari mengundi 1 Ogos 2026

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail, daripada jumlah itu, kebanyakan kesalahan yang dilaporkan membabitkan kes berskala kecil yang dilakukan oleh penyokong mahupun ahli parti selain terdapat empat laporan berkaitan dakwaan pemberian wang kepada pengundi yang kini masih berada dalam siasatan untuk tindakan lanjut.

Kesalahan yang dilaporkan adalah kesalahan kecil seperti khianat merosakkan banner, bendera, dan poster parti yang bertanding. Setakat ini tiada laporan polis yang melibatkan calon secara langsung dan secara keseluruhannya proses PRN di 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) berjalan dengan baik, lancar dan selamat.

Kesemua kes berkenaan disiasat di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Seramai 5,500 pegawai dan anggota polis ditugaskan bagi menjamin keselamatan sepanjang hari pengundian termasuk pasca pilihan raya berkenaan.

Sebanyak 26 kawasan hotspot yang dikenal pasti berisiko berlakunya kekecohan turut diberi tumpuan khas, manakala dua pasukan khas yang dilengkapi kamera badan ditempatkan di setiap DUN bagi memantau keadaan secara berterusan.

Beliau menasihati kesemua parti politik dan para penyokong agar terus berdisiplin serta mematuhi undang-undang selepas keputusan pilihan raya  diumumkan, selain turut akan mempertingkatkan kawalan keselamatan di lokasi strategik termasuk Pejabat Kerajaan Negeri dan Istana demi memastikan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

Sumber: Sinar Harian

The post PRN NEGERI SEMBILAN: 92 LAPORAN POLIS DITERIMA, 24 KERTAS SIASATAN DIBUKA – KPN appeared first on Laman Web MKN.