mers Archives - Laman Web MKN

CUBAAN SELUDUP DAUN GANJA DIGAGALKAN APMM KEDAH PERLIS
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis berjaya merampas dua kilogram daun ganja segar bernilai lebih RM 6 ribu yang cuba diseludup masuk dari negara jiran pada kedudukan 1.9 batu nautika timur laut Tanjung Kemarung sekitar jam 10.00 malam, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, rampasan kali ini dibuat berikutan Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA) Langkawi telah mengesan sebuah bot fiber sedang bergerak masuk ke perairan Langkawi dari sempadan Thailand dalam keadaan mencurigakan.

Bertindak atas maklumat, Maritim Negeri Kedah dan Perlis telah mengatur gerak bot peronda yang sedang melakukan operasi dalam OP AMAN dan OP TIRIS 2.0 ke lokasi berkenaan bagi memintas dan menyerbu bot terbabit.

Menyedari kehadiran bot ronda Maritim Malaysia di lokasi, suspek yang disyaki membawa daun ganja tersebut, bertindak membuang tiga bungkusan plastik ke laut dan menukar haluan dengan berpatah balik menuju ke arah sempadan Thailand bagi meloloskan diri.

Hasil pemeriksaan ke atas bungkusan plastik yang dibuang telah menemukan daun ganja segar dengan anggaran berat dua kilogram bernilai RM6 ribu dipercayai cuba diseludup masuk dari negara jiran ke Malaysia untuk diproses dan dijual kepada pengguna tempatan.

Semua hasil rampasan dibawa ke Jeti Maritim Bukit Malut dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat bagi siasatan di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sebarang aduan boleh disalurkan ke talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis 04-9662750.

Sumber: CUBAAN SELUDUP DAUN GANJA DIGAGALKAN APMM KEDAH PERLIS

Pegawai APMM mengambil bungkusan berisi daun ganja yang dibuang ke laut oleh suspek. FOTO: APMM

The post CUBAAN SELUDUP DAUN GANJA DIGAGALKAN APMM KEDAH PERLIS appeared first on Laman Web MKN.

KESAN AKTIVITI ‘TARIK TEPI’ KEPADA EKOSISTEM LAUT
Saban hari, ada sahaja kes tangkapan yang dilaporkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysua (APMM) yang melibatkan aktiviti ‘tarik tepi’ ini. Aktiviti ini menjadi pilihan dalam kalangan nelayan yang tidak bertanggungjawab kerana mereka boleh menangkap ikan dalam jumlah yang banyak dan cepat selain untuk meraih keuntungan yang banyak.

Aktiviti tarik tepi adalah aktiviti menangkap ikan dengan menggunakan pukat yang ditarik oleh bot nelayan di kawasan perairan yang dangkal dan dekat dengan pantai. Aktiviti ini mempunyai kesan dan impak yang negatif terhadap ekosistem, sumber perikanan, dan mata pencarian nelayan tradisional.

Namun begitu, aktiviti tidak bermoral ini akan memberi kesan negatif kepada ekosistem laut itu sendiri. Antara kesan dan impak yang boleh berlaku adalah aktiviti tarik tepi boleh merosakkan habitat laut seperti terumbu karang, padang lamun, dan hutan bakau yang merupakan tempat perlindungan, pembiakan, dan makanan bagi pelbagai spesies ikan dan hidupan laut lain. Aktiviti ini juga akan menangkap ikan yang tidak matang, berukuran kecil, atau dilindungi oleh undang-undang, yang menyebabkan penurunan populasi ikan dan kepelbagaian biologi di perairan tersebut.

Selaras dengan teras ketujuh yang digariskan di dalam Dasar Keselamatan Negara 2021-2025, iaitu Pembangunan Mampan, Majlis Keselamatan Negara turut memandang serius perkara ini. Komitmen terhadap pembangunan mampan ini juga merupakan satu cabang keselamatan negara dimana kelangsungan sumber-sumber negara, kesejahteraan rakyat dan juga keperluan generasi akan datang perlu dipelihara.

Kegiatan tarik tepi ini bukan sahaja menganggu ekosistem laut, malahan turut mengganggu aktiviti nelayan tradisional yang menggunakan kaedah tangkap yang lebih lestari dan berhemah, seperti jala, pancing, atau bubu. Ini boleh menjejaskan pendapatan dan kesejahteraan nelayan tradisional yang bergantung kepada sumber perikanan di kawasan pesisir pantai.

Oleh sebab itu, aktiviti tarik tepi adalah satu aktiviti yang tidak beretika, tidak bertanggungjawab, dan tidak patut dilakukan oleh bot nelayan. Aktiviti ini melanggar syarat sah lesen perikanan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Perikanan 1985. Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan maritim akan sentiasa memantau dan mengambil tindakan terhadap bot nelayan yang melakukan aktiviti tarik tepi di zon larangan.

The post KESAN AKTIVITI ‘TARIK TEPI’ KEPADA EKOSISTEM LAUT appeared first on Laman Web MKN.

APA ITU MIDDLE EAST RESPIRATORY SYNDROME (MERS)?
Maka, berakhir sudah musim haji untuk tahun ini dan barangkali begitu ramai ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai yang tidak sabar menunggu kepulangan para Jemaah. Sebagai persediaan menyambut kepulangan mereka, elok juga kiranya bersikap waspada dan berhati-hati apatah lagi mengambil kira mereka ini pulang dari jauh dan bertemu sebegitu ramai umat manusia dari seluruh pelusuk dunia. Manalah tahu, selain membawa pulang keberkatan dan haji mabrur, ada pula penyakit atau virus yang menumpang sama.

MERS adalah salah satu penyakit saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus korona. Keluarga virus korona ini boleh mengakibatkan penyakit pada manusia seperti selesema biasa sehingga Sindrom Pernafasan Akut Teruk (Severe Acute Respiratory Syndrome – SARS)

Berikut dikongsikan beberapa langkah pencegahan yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko jangkitan penyakit bawaan:

Elakkan kontak rapat dengan individu yang sakit: Hindarkan diri anda dari mendekati orang yang mempunyai gejala jangkitan seperti batuk, selesema, atau demam. Berikan sedikit tempoh masa bertenang kepada mereka setelah tiba di tanah air. Selang beberapa hari, barulah bersegera melawat dan bertanya khabar.

Amalkan pemakaian pelitup muka : Setelah mengamalkannya sepanjang dua tahun yang sudah, elok juga kiranya ia dipraktikkan ketika menyambut Jemaah yang pulang. Pengalaman lalu harus menjadi iktibar selalu.

Pantau kesihatan diri : Penting kepada Jemaah yang pulang atau sanak saudara yang menunggu untuk memantau kesihatan diri dalam tempoh terdekat bagi memastikan tiada penyakit yang berjangkit.

Kesan virus kepada tubuh badan manusia bergantung kepada banyak faktor termasuk jenis virus, kekuatan sistem imun individu dan tahap penjagaan kesihatan yang diambil oleh individu dan masyarakat. Adalah penting untuk kita semua mematuhi langkah-langkah pencegahan yang disyorkan oleh pihak berkuasa kesihatan bagi melindungi diri dan orang lain selaras dengan Teras 8 Keselamatan Rakyat (Pengurusan Pandemik & Keselamatan Kesihatan).

Disediakan oleh: Mardiana Mohamad

Sumber: APA ITU MIDDLE EAST RESPIRATORY SYNDROME (MERS)?

The post APA ITU MIDDLE EAST RESPIRATORY SYNDROME (MERS)? appeared first on Laman Web MKN.