Keselamatan Diri Archives - Laman Web MKN

INSOMNIA TIDAK SELAMAT JIKA HADAPI SECARA BERTERUSAN
Insomnia adalah gangguan tidur yang sangat biasa, di mana seseorang menghadapi kesukaran untuk tidur atau kekal tidur sepanjang malam. Ia boleh menyebabkan seseorang terjaga pada waktu yang tidak diingini, atau sering terjaga pada waktu malam tanpa dapat tidur kembali. Insomnia bukan sekadar masalah kekurangan tidur, tetapi ia boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan mental, fizikal, dan kualiti hidup secara keseluruhan. Oleh itu, penting untuk memahami penyebab insomnia dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini.

Jenis-jenis insomnia

Acute insomnia: Gangguan tidur yang berlaku dalam jangka masa pendek.

Chronic insomnia: Gangguan tidur yang berlangsung selama sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk tempoh lebih daripada tiga bulan.

Comorbid insomnia: Berlaku apabila gangguan tidur berkait rapat dengan keadaan lain, seperti gangguan mental, masalah fizikal, atau penggunaan bahan tertentu.

Onset insomnia: Kesulitan yang dihadapi seseorang ketika mula tidur.

Maintenance insomnia: Berlaku apabila seseorang sukar untuk tidur kembali setelah terjaga di tengah malam atau terlalu awal pagi.

Penyebab Utama Insomnia

Stres dan kebimbangan salah satu penyebab utama insomnia. Apabila seseorang menghadapi tekanan di tempat kerja, masalah kewangan, atau isu peribadi, fikiran mereka sering terjaga dan tidak dapat tenang. Ini menyebabkan kesulitan untuk tidur, kerana minda terus aktif dan tidak dapat ‘berehat’; Kebimbangan mengenai kehidupan sehari-hari atau masa depan juga boleh menyebabkan seseorang terjaga pada waktu malam, berfikir tentang pelbagai perkara yang mengganggu.

Gangguan mental seperti kemurungan dan kegelisahan juga boleh menyebabkan insomnia. Individu yang mengalami kemurungan mungkin merasa terjaga pada waktu malam atau terjaga lebih awal daripada yang diingini. Begitu juga dengan gangguan kecemasan, di mana seseorang yang cemas mungkin merasa resah dan tidak mampu tidur dengan nyenyak.

Beberapa masalah kesihatan kronik boleh menjadi penyebab insomnia, termasuk sakit kronik seperti arthritis, migrain, atau sakit belakang yang boleh menyebabkan ketidakselesaan yang menghalang tidur yang nyenyak.

Gangguan tidur lain seperti sleep apnea (gangguan pernafasan semasa tidur), atau sindrom kaki resah yang menyebabkan perasaan tidak selesa di kaki dan mengganggu tidur juga boleh menyumbang kepada insomnia. Kafein adalah perangsang yang boleh mengganggu tidur. Ia terkandung dalam kopi, teh, coklat, dan beberapa minuman tenaga. Mengambil kafein pada waktu petang atau malam boleh menghalang seseorang daripada tidur dengan baik. Alkohol juga boleh mengganggu kualiti tidur. Walaupun ia mungkin membuatkan seseorang rasa mengantuk pada mulanya, ia mengurangkan kualiti tidur dan menyebabkan terjaga lebih kerap pada waktu malam. Perubahan dalam rutin harian, seperti bekerja lewat malam, tidur siang terlalu lama, atau perubahan tempat tidur, boleh mengganggu kitaran tidur yang sihat. Begitu juga dengan persekitaran tidur yang tidak kondusif, seperti bilik yang bising, terlalu panas, atau terlalu sejuk, yang boleh menyebabkan gangguan tidur.

Cara mengatasi insomnia:

Salah satu langkah pertama dalam mengatasi insomnia adalah dengan menangani stres.

Aktiviti seperti meditasi, yoga, atau teknik pernafasan dalam dapat membantu menenangkan minda sebelum tidur.

Membuat senaman pernafasan yang dalam.

Ambil masa untuk menulis jurnal mengenai kebimbangan anda juga boleh memberi kelegaan.

Cuba untuk tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari, termasuk pada hujung minggu. Rutin yang tetap membantu mengatur jam biologi tubuh kita dan meningkatkan kualiti tidur.

Elakkan tidur siang terlalu lama, kerana ia boleh mengganggu kemampuan untuk tidur pada waktu malam.

Kesimpulannya, insomnia adalah masalah tidur yang biasa, tetapi ia boleh memberi impak yang besar terhadap kesejahteraan seseorang. Dengan memahami penyebabnya dan mengambil langkah-langkah yang betul untuk mengatasinya, kebanyakan orang dapat mengurangkan atau menghapuskan masalah tidur mereka. Dari menguruskan stres, mencipta persekitaran tidur yang selesa, hingga membuat perubahan dalam gaya hidup, banyak langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan kualiti tidur dan kehidupan secara keseluruhan. Jika masalah tidur berterusan, mendapatkan nasihat daripada pakar adalah langkah bijak untuk memastikan tidur yang sihat dan berkualiti.

The post INSOMNIA TIDAK SELAMAT JIKA HADAPI SECARA BERTERUSAN appeared first on Laman Web MKN.

TIPS KESELAMATAN SEMASA DALAM KENDERAAN
Jangan sesekali ambil mudah keselamatan diri pemandu dan penumpang semasa dalam kenderaan.

Ini kerana, kebanyakan kemalangan berlaku berhampiran rumah, seperti perjalanan rutin ke pusat jagaan harian, kedai runcit, atau taman kejiranan. Itulah sebabnya penting untuk mengambil semua langkah berjaga-jaga yang sama walaupun untuk perjalanan singkat ke rumah nenek.

Fakta yang lebih menarik adalah kanak-kanak berumur antara 4 hingga 8 tahun lebih cenderung mengalami kecederaan di dalam kereta daripada kanak-kanak di bawah 4. Ini mungkin kerana ibu bapa cenderung mengabaikan keselamatan kanak-kanak yang lebih tua.

Bagi meningkatkan tahap keselamatan semasa dalam kenderaan, berikut adalah beberapa tips yang boleh di amalkan untuk keselamatan bersama:

Pakai Tali Pinggang keledar sebelum memulakan perjalanan

Jangan sesekali menanngguh untuk memakai tali pinggang keledar. Walau untuk perjalanan jarak dekat, pastikan tali keledar keselamatan dipasang sebelum memulakan perjalanan. Ingatlah malang tidak berbau. Mungkin saja perjalanan jarak dekat juga berisiko untuk berlaku kemalangan.

Pastikan pintu dikunci dan aktifkan fungsi ‘child lock’

Langkah ini paling penting untuk ibu ayah yang memandu bersendirian bersama anak-anak kecil. Semasa ibu ayah fokus memandu, ada sahaja kebarangkalian anak kecil anda tanpa berfikir panjang berusaha membuka pintu kenderaan. Situasi ini pasti amat bahaya jika dibiarkan. Jadi, sebelum memulakan perjalanan adalah amat penting untuk memastikan pintu kenderaan telah sedia di kunci dan tidak mampu dibuka sewenangnya oleh kanak-kanak.

⁠Letakkan tas tangan di tempat yang rendah dan sukar dicapai dari luar

Teristimewa untuk kaum wanita, tidak kiralah anda pemandu atau penumpang kenderaan, sentiasalah pastikan tas tangan diletakkan dibahagian bawah tempat duduk atau bahagian lain yang sukar dicapai dari luar kenderaan. Ini bagi memastikan individu yang berada di luar kenderaan tidak menjadikan tas tangan anda sebagai sasaran dan mengambil jalan mudah untuk memecahkan cermin kenderaan anda bagi tujuan rompakan.

⁠Elakkan memandu sambil mendukung anak

Membiarkan anak menangis di dalam car seat itu adalah lebih baik dari anda mendukung anak semasa memandu. Selain sukar fokus pada pemanduan, mendukung atau meriba anak semasa memandu juga boleh meningkatkan risiko kecederaan kepada anak dan diri ibu ayah sendiri sekiranyaberlaku sebarang kejadian tidak diingini.

⁠Jangan pegang telefon semasa sedang memandu

Dunia zaman kini menyebabkan sesetengah individu sukar berenggang dengan telefon walau pun ketika sedang memandu. Ketika sedang memandu, masih ada individu yang membaca di telefon pintar dan tidak kurang yang menaip balasan kepada mesej yang diterima. Biarlah terlewat anda memberikan respon asalkan keselamatan anda terjamin.

Pandu cermat jiwa selamat. Berhati-hatilah memandu. Kurangkan risiko kemalangan semasa dalam kenderaan.

Sumber : theAsianparent

The post TIPS KESELAMATAN SEMASA DALAM KENDERAAN appeared first on Laman Web MKN.

JAGA KESIHATAN DAN KESELAMATAN DIRI DENGAN MENJAUHI ROKOK ELEKTRONIK
Vape atau rokok elektronik boleh membahayakan kesihatan. Ini kerana vape mempunyai nikotin yang cukup untuk merosakkan paru-paru. Berikut adalah kesan-kesan bahaya akibat penggunaan vape:

Vape dapat menurunkan sistem imunisasi badan.

Cecair vape mengandungi paras nikotin yang tinggi yang boleh mengakibatkan kematian.

Cecair vape juga mengandungi pelbagai perisa merbahaya dan menunjukkan sitotoksisiti (cecair yang mampu membunuh sel        paru-paru, otak dan lapisan kulit) yang tinggi.

Pesanan daripada pihak KKM untuk orang ramai khususnya pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi agar tidak menghisap rokok elektrik atau vape. Bagi menyokong usaha KKM untuk hentikan penggunaan produk rokok, perlaksanaan Generational Endgame (GEG) telah dikeluarkan pada tahun 2022. GEG dikeluarkan bagi melindungi generasi muda Malaysia daripada menjadi mangsa ketagihan produk merokok termasuk rokok elektrik.

Bersama kita jaga kesihatan dan hentikan ketagihan merokok dalam kalangan generasi belia kita.

The post JAGA KESIHATAN DAN KESELAMATAN DIRI DENGAN MENJAUHI ROKOK ELEKTRONIK appeared first on Laman Web MKN.