JPNS Archives - Laman Web MKN

KUPANG, KERANG PORT DICKSON SELAMAT DIMAKAN, PENGUSAHA DIBENAR TERUSKAN AKTIVITI
Kupang dan kerang-kerangan di perairan Port Dickson kini selamat dimakan selepas kandungan biotoksin pada sampel yang diambil pada 17 September lepas berada di bawah paras 800 per bilion (ppb), kata Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS) Kasim Tawe.

Menurutnya, pengusaha serta penternak kupang sistem pancang dan panggar di kawasan perairan dari Sungai Sekawang ke Kampung Telok di Pasir Panjang juga dibenar menjalankan aktiviti pengambilan, mengutip, mengeluar dan menuai kerang-kerangan berkuat kuasa serta-merta.

Ia berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kes Ledakan Alga Berbahaya yang mendapati kandungan toksin Paralytic Shellfish Poisoning (PSP) pada sampel kupang yang diambil pada 17 Sept lepas berada di bawah paras 800 ppb.

Hasil pemantauan dan keputusan ujian kandungan biotoksin dalam sampel kupang yang diambil di perairan itu mendapati ia kurang daripada 800 ppb selama hampir empat minggu berturut-turut. Justeru, hidupan laut itu selamat untuk dimakan.

Pada 15 Ogos lepas, JPNS mengeluarkan larangan supaya pengusaha dan penternak tidak mengutip, mengambil atau menuai kerang-kerangan di perairan Port Dickson susulan kandungan biotoksin pada sampel kupang mempunyai kandungan toksin PSP melebihi paras parameter 800 ppb.

Larangan itu dikeluarkan sehingga pihaknya selesai menjalankan pemantauan dan orang awam dinasihatkan untuk tidak memakan kerang-kerangan dari kawasan terbabit bagi mengelakkan risiko keracunan makanan.

Sumber: Sinar Harian

The post KUPANG, KERANG PORT DICKSON SELAMAT DIMAKAN, PENGUSAHA DIBENAR TERUSKAN AKTIVITI appeared first on Laman Web MKN.

PARAS BIOTOKSIN TURUN, NAMUN KERANG PORT DICKSON BELUM SELAMAT DIMAKAN
Ujian makmal oleh Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur (PBPKL) terhadap sampel air laut dari perairan Port Dickson beberapa hari lepas mendapati paras biotoksin menunjukkan trend penurunan, iaitu di bawah 800 bahagian per bilion (ppb).

Menurut Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS), Kasim Tawe, bagaimanapun larangan mengutip dan memakan kupang serta kerang-kerangan di kawasan berkenaan masih dikekalkan buat masa ini, sehingga pemantauan lanjut selesai.

Paras biotoksin sudah menunjukkan penurunan sedikit daripada paras bahaya, tetapi kami memerlukan sedikit masa lagi untuk pengambilan sampel bagi memastikan paras biotoksin kekal rendah dan stabil.

Buat masa ini, larangan mengambil dan memakannya masih dikekalkan. Kami akan melakukan pengambilan sampel secara berkala setiap minggu bagi memastikan bacaan paras biotoksin benar-benar selamat.

Kasim sebelum ini dilaporkan berkata, pengusaha dan penternak melalui sistem pancang dan panggar kupang dari Sungai Sekawang ke Tanjung Teluk, Pasir Panjang, diminta menghentikan sementara kerja mengambil, mengutip, mengeluarkan dan menuai kerang-kerangan dari perairan Port Dickson.

Larangan itu dikeluarkan sehingga siasatan serta pemantauan pihaknya selesai dijalankan, dan orang awam dinasihatkan supaya tidak makan kerang-kerangan dari kawasan terbabit bagi mengelakkan risiko keracunan makanan.

Sumber: Sinar Harian

The post PARAS BIOTOKSIN TURUN, NAMUN KERANG PORT DICKSON BELUM SELAMAT DIMAKAN appeared first on Laman Web MKN.

‘TIGA HINGGA EMPAT INSTITUSI PENDIDIKAN, PUSAT KEBAJIKAN ADA KAITAN GISB DISIASAT DI NEGERI SEMBILAN’
Kerajaan Negeri Sembilan mengesyaki beberapa sekolah persendirian aliran agama yang tidak berdaftar termasuk yang dikawal Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) mungkin terkait dengan isu eksploitasi kanak-kanak dan remaja.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, maklumat itu diperoleh hasil siasatan dijalankan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) susulan aduan diterima daripada orang ramai dan beberapa pihak berkaitan. Setakat ini terdapat antara tiga hingga empat sekolah, madrasah atau pusat amal kebajikan di Seremban, Kuala Pilah dan Nilai, yang sedang disiasat serta dipantau.

Pihaknya juga menjalankan siasatan menyeluruh melalui JHEAINS terhadap sekolah yang tidak berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) sebelum kes ini (dakwaan eksploitasi kana-kanak) timbul. Setakat ini pihaknya hanya mengesyaki beberapa sekolah termasuk yang dikawal GISB kerana ada kemungkinan pihak tertentu menggunakan nama lain bagi mengelak dikesan. Namun, JHEAINS sedang mengenal pasti sekolah atau pusat amal berkenaan hasil tindakan penguatkuasaan yang dijalankan, tetapi siasatan masih diteruskan.

Menurutnya lagi, JHEAINS sedang mengumpulkan maklumat mengenai operasi dan kegiatan yang dilakukan institusi terbabit. Pihaknya tidak mahu berlaku pengajaran dan pendidikan bertentangan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Siasatan masih dijalankan dan setakat ini belum ada mana-mana institusi atau jumlah sekolah berkenaan yang diarah tutup.  Beliau turut mengingatkan ibu bapa agar menghantar anak mereka ke sekolah aliran perdana yang turut menyediakan kurikulum pendidikan agama. Di Negeri Sembilan banyak sekolah aliran biasa yang menyediakan pendidikan agama lengkap seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas, di Rembau.

Pengajian Islam diajar dan ada kokurikulum berkaitan serta sebagainya. Ibu bapa perlu memilih sekolah arus perdana yang berdaftar, bagi memudahkan pemantauan dilakukan dan anak-anak tidak menjadi mangsa kegiatan tidak sihat. Beliau turut berharap agensi seperti JPNS dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat bersama membantu dan bertindak proaktif mengenai perkara ini.

Sumber: Berita Harian

The post ‘TIGA HINGGA EMPAT INSTITUSI PENDIDIKAN, PUSAT KEBAJIKAN ADA KAITAN GISB DISIASAT DI NEGERI SEMBILAN’ appeared first on Laman Web MKN.

LARANGAN KELUAR, AMBIL HASIL KUPANG DAN KERANG MASIH DIKUATKUASAKAN
Jabatan Perikanan Negeri Sembilan masih menguatkuasakan larangan pengeluaran dan pengambilan hasil kupang dan kerang-kerangan di negeri ini susulan kupang di Port Dickson dicemari biotoksin berbahaya serta tidak selamat dimakan pada April lalu. Menurut Pengarahnya, Kasim Tawe, ia berikutan kadar kandungan biotoksin yang tidak stabil selain penemuan alga berbahaya spesies Alexandrium dalam jumlah yang banyak antara faktor ia dikuatkuasakan. Walaupun hasil ujian makmal menunjukkan kadar biotoksin pada kupang sudah berada di bawah had pengambilan selamat untuk manusia namun bacaannya tidak stabil. Had pengambilan selamat untuk manusia adalah di bawah 800 per bilion (ppb) namun hasil sampel makmal kebelakangan ini tidak stabil. Kadang-kala ia menunjukkan bacaan 470 ppb kemudian ada naik kembali menjadi 600 ppb, oleh itu kami ambil keputusan untuk kekal membuat larangan tersebut.

Dalam pada itu, selain kandungan biotoksin, pertimbangan pihaknya juga berdasarkan alga berbahaya spesies Alexandrium yang dijumpai dalam jumlah yang banyak. Alga ini wujud semula jadi, jika bilangan kecil ia tidak memberi impak kepada kupang namun jika terlampau banyak ia akan memberikan kesan dengan pengumpulan biotoksin pada sel kupang. Pihaknya masih menunggu tiga keputusan ujian makmal sebelum kami memberikan kebenaran semula kepada pengeluaran hasil kupang dan kerang-kerangan di Port Dickson mungkin dalam beberapa minggu lagi, pihaknya boleh maklumkan ia kini ke arah positif.

Media sebelum ini melaporkan, Jabatan Perikanan Malaysia mengesahkan kupang di Port Dickson dicemari oleh biotoksin berbahaya dan tidak selamat dimakan selepas analisis mendapati terdapat tiga alga berbahaya iaitu spesies Prorocentrum, Alexandrium dan Pseudonitzschia. Analisis tersebut dibuat selepas terdapat lapan kes keracunan makanan berkaitan pengambilan kupang termasuk dua kes kritikal berlaku di Port Dickson. Pada 21 Mei lalu, hasil ujian makmal menunjukkan kandungan biotoksin pada kupang di Port Dickson mencatatkan bacaan 498 ppb.

Sumber: Sinar Harian

The post LARANGAN KELUAR, AMBIL HASIL KUPANG DAN KERANG MASIH DIKUATKUASAKAN appeared first on Laman Web MKN.

SEKOLAH DALAM WAD, ELAK TERCICIR PdP
Berbeza dengan kebanyakan guru, Farah Fatihah Che Tajudin,37, memulakan rutin pengajarannya setiap pagi dari katil ke katil. Di situ, anak muridnya menunggu dengan wajah tenang dan tidak sabar untuk belajar. Disebabkan kebanyakan proses pembelajaran itu membabitkan kumpulan murid yang kecil, hubungan antara guru dan murid menjadi akrab. Hal ini sangat membantu pelajar mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan lebih baik. Mereka mudah bertanya jika tidak faham malah keakraban itu menyaksikan guru seperti Farah Fatihah dianggap sebagai ibu bapa sendiri. Farah Fatihah adalah antara sebahagian guru yang bertugas di sekolah dalam hospital (SDH), Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) Seremban.

Baginya mendidik anak murid sambil mereka mendapat rawatan kesihatan bukan lagi hal luar biasa. Beliau akan ‘bertugas’ dari katil ke katil untuk melaksanakan sesi PdP secara seorang dengan seorang seperti mana jadual harian yang ditetapkan, dengan setiap sesi antara 30 minit hingga ke sejam. Suasana di sini agak berbeza kerana beliau sentiasa berdamping dengan murid. Hal ini membuatkan mereka tidak bimbang untuk bertanya soalan atau memberi idea. Mereka lebih berani dan yakin selain dapat menerima keadaan berada di wad dengan tenang.

Kongsi Farah Fatihah, guru di SDH turut menggunakan konsep didik hibur melalui alat bantuan mengajar yang dikhaskan bertujuan menarik perhatian murid untuk memahami dan mengikuti sesi PdP dengan lebih berkesan. Hal ini katanya penting bagi memastikan murid merasa seronok untuk belajar.

Katanya, sehingga kini terdapat dua kelas di SDH HTJ iaitu peringkat prasekolah atau sekolah rendah dan peringkat menengah, manakala bagi silibus pembelajaran pula ia adalah berasaskan sukatan pelajar sekolah rendah dan menengah biasa.

Bagi S Chandran, 11, dia mengakui peluang mengikuti SDH membantunya untuk tidak ketinggalan pelajaran. Malah katanya, guru yang bertugas juga baik dan mesra.Dia yang dimasukkan ke TTJ kerana terbabit dalam kemalangan berkata, pendekatan guru di SDH juga menjadikan dia selesa untuk terus belajar. Dia berasa rasa lega, walaupun terpaksa berada di wad disebabkan masalah kesihatan, namun masih mampu meneruskan sesi persekolahan macam biasa.

SDH HTJ adalah satu daripada 15 buah sekolah di Malaysia yang menjalankan program sekolah dalam hospital. Program ini diwujudkan sebagai inisiatif bersama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Hospital Universiti dan Yayasan Nurul Yacieen (YNY). Penubuhannya dimulakan secara rasmi pada 2011 sebagai menyahut seruan badan Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi menyediakan konsep pendidikan untuk semua. Menerusinya, murid yang terlantar wad hospital memperoleh peluang pendidikan secukupnya.

Menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Datuk Dr Roslan Hussin, asas utama program SDH ini adalah untuk menyantuni murid-murid sama ada di peringkat prasekolah, rendah dan menengah yang ditimpa penyakit atau kemalangan serta seumpamanya. SDH yang dijalankan di HTJ membabitkan lapan orang guru dan beroperasi di Wad Mawar tingkat dua hospital berkenaan. Murid-murid yang ditempatkan di wad ini berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan. Ada yang kemalangan ada yang menghidap penyakit. Keberadaan mereka di wad ini bagi tujuan pembelajaran bergantung juga kepada tahap keseriusan penyakit atau kecederaan yang dialami. Tujuannya adalah tidak mahu murid-murid ini terbengkalai pelajarannya, dan memastikan n mereka dapat menerima akses pendidikan sama seperti ketika berada di sekolah.

Guru-guru yang bertugas di SDH melaksanakan tugas sebagaimana di sekolah biasa dengan PdP yang dilaksanakan sama seperti modul pembelajaran di sekolah namun dari segi pedagogi ia mungkin sedikit berbeza. Ketika ini terdapat dua sesi PdP iaitu antara jam 10 pagi hingga 12 tengah hari dan sesi petang dari 2 hingga 4 petang. Pembelajaran di SDH berorientasikan didik hibur dan fleksibel dan ia menyediakan pembelajaran bagi murid peringkat prasekolah sehingga ke Tingkatan Lima. Kapasiti SDH di HTJ mampu menempatkan sehingga lebih 80 orang murid pada sesuatu masa. Pelaksanaan PdP di SDH dirancang dengan mengambil kira kesediaan murid, kebenaran ibu bapa dan pengesahan doktor. Dari segi kemudahan infrastruktur di SDH ia disediakan KKM, namun ada juga sumbangan beberapa peralatan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Paling asasnya ruang belajar disediakan oleh pihak KKM, manakala bagi aktiviti kokurikulum tidak diadakan kecuali murid yang mengalami kecederaan ringan atau boleh berjalan dengan melakukan aktiviti sesuai di ruang belajar berkenaan. Bagi guru yang bertugas di SDH, mereka tampil dengan pendekatan yang tersendiri dengan sokongan alat bantuan mengajar yang mudah diterima murid berkenaan.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS), Datuk Dr Harlina Abdul Rashid pula, pelaksanaan SDH sangat memberi manfaat kepada pesakit terutama murid yang memerlukan rawatan lama di hospital. Melalui SDH ini, dapat membantu murid meneruskan pendidikan walaupun perlu berada lama di hospital. Bagi JKNNS, kami akan terus membantu memastikan SDH di HTJ Seremban berjalan lancar dan murid mendapat perkhidmatan rawatan terbaik.

INFO

SDH turut ditawarkan di beberapa hospital lain seluruh Malaysia antaranya;

1.Hospital Universiti Sains Malaysia

2.Pusat Perubatan Universiti Malaya

3.Kampus Kuala Lumpur Universiti Kebangsaan Malaysia

4.Hospital Sultanah Nur Zahirah

5.Hospital Sultan Haji Ahmad Shah

6.Hospital Wanita & Kanak-Kanak Likas

7.Hospital Tawau

8.Hospital Umum Sarawak

9.Hospital Ampang

10.Hospital Serdang

11. Hospital Kuala Lumpur

12. Hospital Selayang

13. Hospital Pakar Sultanah Fatimah

14. Hospital Sultanah Aminah.

Sumber: Berita Harian

The post SEKOLAH DALAM WAD, ELAK TERCICIR PdP appeared first on Laman Web MKN.