Istana Seri Menanti Archives - Laman Web MKN

TUANKU MUHRIZ KECEWA ADA PIHAK BERI SOKONGAN KEPADA INDIVIDU DISABITKAN RASUAH
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir melahirkan kebimbangan terhadap gejala rasuah yang dilihat semakin berleluasa dan amat membimbangkan.

Baginda kecewa kerana wujud pihak yang terus memberikan sokongan kepada individu yang disabitkan kesalahan rasuah amat besar, seolah-olah perbuatannya diterima dan dimaafkan.

Baginda amat terperanjat dan kecewa apabila masih wujud pihak yang terus memberikan sokongan kepada individu yang disabitkan bersalah atas tuduhan rasuah yang amat besar, seolah-olah perbuatan itu boleh diterima dan dimaafkan. Sikap sedemikian bukan sahaja mencerminkan kegagalan memahami bahaya rasuah yang meruntuhkan integriti institusi dan asas moral masyarakat, malah menuntut penilaian yang lebih mendalam terhadap akidah, prinsip hidup dan nilai pegangan diri.

Baginda turut menyeru kepada mereka yang masih menyokong penjenayah seperti ini segera bermuhasabah diri serta menilai semula pendirian dan kepercayaan masing-masing. Ini kerana rasuah adalah musuh utama kepada keadilan, amanah dan masa depan negara dan sama sekali tidak boleh diterima dalam sebuah negara yang menjunjung kedaulatan undang-undang.

Tuanku Muhriz bertitah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Hari Keputeraan ke-78 baginda di Istana Besar Seri Menanti. Selain itu, baginda turut menggesa kerajaan negeri supaya memperkukuhkan usaha menangani kos sara hidup supaya tiada rakyat tercicir, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Pencapaian mengurangkan kemiskinan tegar wajar diperkasakan melalui bantuan bersasar, kawalan harga, jaminan makanan serta peningkatan peluang pendapatan secara tersusun. Baginda menyeru rakyat agar mengamalkan perbelanjaan berhemat, meningkatkan ilmu dan kemahiran serta menyokong inisiatif kerajaan negeri.  Tuanku Muhriz menggesa kerajaan mempergiatkan penyediaan kemudahan kesihatan serta mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan.

Sambil menyambut baik cadangan naik taraf dan peluasan Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban bagi meningkatkan kapasiti dan mutu perkhidmatan, baginda juga berharap pembinaan Hospital Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai dapat dipertimbangkan dengan teliti kerana ia berpotensi memperkukuh perkhidmatan kesihatan negeri ini.

Sumber: Berita Harian

The post TUANKU MUHRIZ KECEWA ADA PIHAK BERI SOKONGAN KEPADA INDIVIDU DISABITKAN RASUAH appeared first on Laman Web MKN.

ISTIADAT LEBIH SEABAD ‘TAK LAPUK DEK HUJAN, TAK LEKANG DEK PANAS’
Meskipun sudah 125 tahun sejak pertama kali dimulakan, Istiadat Ulangan Penghulu Luak Tanah Mengandung Mengadap Menjunjung Duli masih diteruskan, ibarat pepatah ‘tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas’.

Istiadat di Istana Besar Seri Menanti yang diadakan tiga tahun sekali itu dengan kali terakhir pada 2019, adalah acara bersejarah bertujuan mengulangi ikrar taat setia tidak berbelah bahagi Datuk-Datuk Penghulu Luak Tanah Mengandung, kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Penghulu Luak itu terdiri daripada Penghulu Luak Ulu Muar, Luak Jempol, Luak Terachi, Luak Gunung Pasir dan Luak Ineh.

Menurut Penyelia Adat Istiadat Istana Besar Seri Menanti, Tunku Datuk Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin, istiadat yang diadakan sejak 17 November itu dimulakan dengan Istiadat Menurunkan dan Memasang Alat Kebesaran, diteruskan dengan Istiadat Bersiram hari ini serta upacara kemuncak iaitu Istiadat Mengadap pada 18 November 2023.

Beliau berkata, dalam Istiadat Bersiram, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud, berangkat dari istana ke Panca Persada menaiki Takhta Rencana yang dihela (ditarik) Pegawai 99 Istana.

Istiadat Bersiram ini istimewa kerana hanya tiga kali berlaku iaitu semasa tuanku ditabal sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Istiadat Penghulu Mengadap (kedua) dan ketiga, ketika anak putera Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan berkahwin.

Perarakan dimulakan dengan lapan das tembakan meriam sehingga tuanku berdua naik ke Panca Persada dengan Istiadat Bersiram bermula di situ, manakala lapan das tembakan lagi dilepaskan apabila upacara itu selesai.

Upacara kemudian dimulakan dengan Datuk Raja Penghulu membawa Cepu Bedak Limau dan menyerahkannya kepada Datuk Menti Laksamana untuk diletakkan di hadapan Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani sebelum Orang Empat Istana mengelilingi pasangan diraja berkenaan sebanyak tujuh kali.

Setiap pusingan, setiap Orang Empat Istana akan menjunjung duli menandakan cukup satu pusingan dan setiap pusingan itu adalah simbolik bagi memohon Allah melindungi tuanku daripada musibah bencana tujuh petala alam.

Selesai pusingan, Cepu Bedak Limau dipersembahkan kepada tuanku berdua dimulai Datuk Seri Amar Diraja, Datuk Raja Diwangsa, Datuk Penghulu Dagang dan Datuk Akhir Zaman secara bergilir-gilir dan baginda berdua mencelup tangan setiap kali dipersembahkan.

Upacara mencelup kedua-dua tangan adalah simbolik bagi membersihkan diri dan dari segi jasmani, suci rohani dan luhur semangat untuk menerima kedatangan Penghulu Luak Tanah Mengandung Mengadap.

Istiadat itu dihadiri Putera Yang Empat, kerabat-kerabat diraja, kenamaan kerajaan serta masyarakat sekitar pelbagai peringkat umur yang turut tidak melepaskan peluang menyaksikan istiadat penuh bersejarah di negeri tanah beradat itu.

Penduduk setempat, Afida Mohd Zain, 62, yang kali pertama menyaksikan istiadat berkenaan bersama anaknya, melahirkan keterujaan apabila berpeluang mengikutinya secara langsung yang disifatkan sangat unik dan tiada di negeri lain.

Nur Aryuni Allysha Hasnan, 22, pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, Melaka berkata upacara berkenaan memberi pendedahan terutama kepada generasi muda untuk mempelajari keunikan budaya di negeri yang mengamalkan Adat Pepatih ini.

Upacara seperti ini sangat menarik untuk dipelajari. Malah, ayah saya yang juga buapak juga amat menggalakkan anak-anaknya untuk hadir dalam majlis adat, setiap kali ada upacara membabitkan istana memang saya akan hadir,” katanya.

Istiadat Ulangan Penghulu Luak Tanah Mengandung Mengadap Menjunjung Duli kali pertama diadakan pada 29 April 1898 ketika pemerintahan Almarhum Tuanku Muhammad dan dititahkan supaya diadakan setiap tiga tahun.

Sumber: Berita Harian

The post ISTIADAT LEBIH SEABAD ‘TAK LAPUK DEK HUJAN, TAK LEKANG DEK PANAS’ appeared first on Laman Web MKN.

NEGERI SEMBILAN BERDUKA KEMANGKATAN TUNKU AMPUAN NAJIHAH
Rakyat Negeri Sembilan berduka di atas kemangkatan bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tunku Ampuan Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin hari ini pada usia 100 tahun, yang sangat dekat di hati mereka.Tunku Ampuan Najihah menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.53 pagi tadi, di Hospital Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur.

Bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan itu juga adalah Raja Permaisuri Agong kepada Yang di-Pertuan Agong ke-10 Almarhum Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman yang menduduki takhta negara pada 1994 hingga1999.

Almarhumah Tunku Najihah diputerikan pada 1 September 1923 di Seri Menanti, Kuala Pilah dan mendapat pendidikan awal di Tengku Mohamad School Kuala Pilah sebelum melanjutkan pelajaran tinggi di School Of Oriental and African Studies, London. Baginda mendirikan rumah tangga bersama Tuanku Jaafar pada 8 Ogos 1942 dan dikurniakan tiga putera serta tiga puteri. Tuanku Jaafar mangkat pada 2008 ketika berusia 86 tahun.

Tunku Najihah dikenali sebagai seorang permaisuri yang aktif dan meminati sukan serta pernah menjadi penaung beberapa persatuan termasuk Presiden Pasukan Badminton Tunku Ampuan, Penaung Pasukan Hoki Wanita Malaysia, Penaung Persatuan Golf Wanita Malaysia dan Penaung Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Baginda juga pernah menjadi Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Almarhumah menerima Anugerah Tun Fatimah ‘Srikandi Negara’ pada 1999. Baginda turut dikenali sebagai ‘Lady with a Heart of Gold’ berikutan penglibatan dalam membantu golongan miskin, tidak berkemampuan dan kurang bernasib baik.

Atas jasa Almarhumah, beberapa tempat di Negeri Sembilan telah dinamakan sempena nama baginda termasuk Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Yayasan Tuanku Najihah dan Rumah Kanak-kanak Tuanku Najihah.

Sumber: Sinar Harian

The post NEGERI SEMBILAN BERDUKA KEMANGKATAN TUNKU AMPUAN NAJIHAH appeared first on Laman Web MKN.