TUANKU MUHRIZ KECEWA ADA PIHAK BERI SOKONGAN KEPADA INDIVIDU DISABITKAN RASUAH

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir melahirkan kebimbangan terhadap gejala rasuah yang dilihat semakin berleluasa dan amat membimbangkan.

Baginda kecewa kerana wujud pihak yang terus memberikan sokongan kepada individu yang disabitkan kesalahan rasuah amat besar, seolah-olah perbuatannya diterima dan dimaafkan.

Baginda amat terperanjat dan kecewa apabila masih wujud pihak yang terus memberikan sokongan kepada individu yang disabitkan bersalah atas tuduhan rasuah yang amat besar, seolah-olah perbuatan itu boleh diterima dan dimaafkan. Sikap sedemikian bukan sahaja mencerminkan kegagalan memahami bahaya rasuah yang meruntuhkan integriti institusi dan asas moral masyarakat, malah menuntut penilaian yang lebih mendalam terhadap akidah, prinsip hidup dan nilai pegangan diri.

Baginda turut menyeru kepada mereka yang masih menyokong penjenayah seperti ini segera bermuhasabah diri serta menilai semula pendirian dan kepercayaan masing-masing. Ini kerana rasuah adalah musuh utama kepada keadilan, amanah dan masa depan negara dan sama sekali tidak boleh diterima dalam sebuah negara yang menjunjung kedaulatan undang-undang.

Tuanku Muhriz bertitah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Hari Keputeraan ke-78 baginda di Istana Besar Seri Menanti. Selain itu, baginda turut menggesa kerajaan negeri supaya memperkukuhkan usaha menangani kos sara hidup supaya tiada rakyat tercicir, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Pencapaian mengurangkan kemiskinan tegar wajar diperkasakan melalui bantuan bersasar, kawalan harga, jaminan makanan serta peningkatan peluang pendapatan secara tersusun. Baginda menyeru rakyat agar mengamalkan perbelanjaan berhemat, meningkatkan ilmu dan kemahiran serta menyokong inisiatif kerajaan negeri.  Tuanku Muhriz menggesa kerajaan mempergiatkan penyediaan kemudahan kesihatan serta mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan.

Sambil menyambut baik cadangan naik taraf dan peluasan Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban bagi meningkatkan kapasiti dan mutu perkhidmatan, baginda juga berharap pembinaan Hospital Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai dapat dipertimbangkan dengan teliti kerana ia berpotensi memperkukuh perkhidmatan kesihatan negeri ini.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Program Jualan …