HIDS Archives - Laman Web MKN

HARI INI DALAM SEJARAH KESELAMATAN: PERSETUJUAN PERTAHANAN MALAYSIA – BRITAIN
Pada hari ini (29 Julai) dalam tahun 1970, Malaysia dan Britain telah mencapai satu persetujuan yang kontraktif mengenai tanggungjawab pertahanan Britain dan penempatan tentera mereka di rantau ini.  Persetujuan ini dicapai dalam rundingan yang diadakan antara Pemangku Perdana Menteri, Tun Abdul Razak dengan Setiausaha Pertahanan Britain, Lord Carrington serta pegawai-pegawai kedua-dua buah negara di Kuala Lumpur.  Tun Abdul Razak telah melahirkan rasa gembiranya terhadap kerajaan konservatif Britain yang baru yang telah memenuhi ikrarnya untuk terus mengekalkan tentera mereka di rantau sebelah ini.

Oleh itu, kedatangan Lord Carrington ke Malaysia adalah untuk menjelaskan kedudukan tentera Britain yang akan ditempatkan di Malaysia dan Singapura dan juga mengenai perjanjian pertahanan akan datang.  Rundingan antara Tun Abdul Razak dan Lord Carrington akan disambung seterusnya di peringkat pegawai dan menteri pada awal tahun hadapan.  Kedua-dua pihak menyatakan bahawa perjanjian pertahanan yang ada sekarang akan dikaji semula.

Di bawah perjanjian pertahanan sekarang, satu-satu pihak boleh memberi enam bulan notis untuk dihapuskan atau perjanjian tersebut masih terlaksana.  Lord Carrington telah menyatakan bahawa Britain akan terus mengekalkan ketiga-tiga bahagian tenteranya di kawasan ini walaupun selepas 1971.  Mengenai jumlah dan tempat penempatan tentera-tentera daratnya, ini akan diputuskan dalam perbincangan dengan kerajaan Malaysia, Singapura, Australia dan New Zealand.

Beliau menambah bahawa penempatan tentera-tentera Britain adalah merupakan tambahan kepada latihan-latihan lanjut yang dirancangkan untuk tentera Britain di Sekolah Perang Hutan di Ulu Tiram, Johor.  Sesungguhnya persetujuan pertahanan yang dicapai pada hari ini dalam tahun 1970, akan menambahkan kemantapan pertahanan di rantau ini di samping memberi kebaikan dan faedah kepada kedua-dua belah pihak.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

The post HARI INI DALAM SEJARAH KESELAMATAN: PERSETUJUAN PERTAHANAN MALAYSIA – BRITAIN appeared first on Laman Web MKN.

HARI INI DALAM SEJARAH KESELAMATAN: PENGISYTIHARAN MEMERANGI PENGGANAS KOMUNIS DI SEMPADAN TANAH MELAYU-SIAM DITANDATANGANI
Pada hari ini (29 Julai) dalam tahun 1960, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan Persekutuan Tanah Melayu, YAB Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein, menandatangani pengisytiharan memerangi pengganas komunis di sempadan Tanah Melayu-Siam.

Pengisytiharan itu terkandung di dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960 dan dikuatkuasakan mulai 1 Ogos 1960 serta mengandungi butir-butir lengkap tentang penetapan daerah keselamatan di sempadan Tanah Melayu-Siam. Kawasan yang ditetapkan meliputi bahagian timur Perlis dan Kedah, bahagian utara Perak serta bahagian utara dan barat negeri Kelantan. Beberapa peraturan Keselamatan Dalam Negeri telah ditetapkan di dalam pengisytiharan yang ditandatangani ini antaranya peraturan-peraturan umum yang meliputi pembinaan pagar-pagar duri dan kuatkuasa mengawasi pembersihan belukar-belukar dalam kawasan keselamatan sempadan.

Pengisytiharan ini merupakan usaha awal kerajaan Tanah Melayu ke arah mewujudkan keamanan dan keselamatan di persempadanan negara.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

The post HARI INI DALAM SEJARAH KESELAMATAN: PENGISYTIHARAN MEMERANGI PENGGANAS KOMUNIS DI SEMPADAN TANAH MELAYU-SIAM DITANDATANGANI appeared first on Laman Web MKN.

HARI INI DALAM SEJARAH KESELAMATAN: UPACARA MENANDATANGANI PROKLAMASI BAGI MEMANSUHKAN ORDINAN PERATURAN DARURAT 1948
Pada hari ini dalam tahun 1960, proklamasi bagi memansuhkan Ordinan Peraturan Darurat 1948 ditandatangani oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri di Bilik Kabinet, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Upacara bersejarah tersebut disaksikan oleh Jemaah Menteri, ketua-ketua perkhidmatan awam dan pengamal media.

Darurat diisytiharkan oleh Sir Edward Gent, Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu di Persekutuan Tanah Melayu pada 16 Jun 1948 selepas insiden pembunuhan tiga pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak. Darurat yang diisytiharkan pada petang tersebut meliputi kawasan Ipoh dan Sungai Siput di Perak serta daerah Kluang, Muar, Kulai dan Plentong di Johor.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

The post HARI INI DALAM SEJARAH KESELAMATAN: UPACARA MENANDATANGANI PROKLAMASI BAGI MEMANSUHKAN ORDINAN PERATURAN DARURAT 1948 appeared first on Laman Web MKN.

HARI INI DALAM SEJARAH KESELAMATAN: PERJANJIAN BERSAMA MALAYSIA-INDONESIA UNTUK MEMBANTERAS PENGEDARAN DADAH, WANG PALSU DAN PENYELUDUPAN
Pada hari ini (17 Julai) dalam tahun 1985, Polis Malaysia dan Indonesia mencapai kata sepakat untuk mempertingkatkan kerjasama dalam membanteras pengedaran dadah, wang palsu dan penyeludupan di sempadan Malaysia – Indonesia.

Kerjasama yang dicapai ini penting berikutan penjenayah sering melarikan diri ke negara jiran setelah melakukan jenayah. Menurut Pengarah Siasatan Jenayah, Datuk Abdul Kudus Alias, kerjasama yang lebih erat dapat mengawal dan memastikan kegiatan jenayah di sempadan negara dapat diawasi dengan lebih berkesan. Dalam pertemuan para perwakilan dari kedua-dua buah negara, dua kertas kerja bertajuk ‘Aturan Pengendalian Tetap – Latma Aman Malindo–Daratan Perbatasan’ dan ‘Konsepsi Penanggulan/ Pembanterasan Kejahatan Di Wilayah Perbatasan’, telah diterima.

Selain itu, rancangan latihan melibatkan pertukaran pegawai dan maklumat juga akan diteruskan. Persetujuan yang dimeterai dalam pertemuan ini memperlihatkan kesungguhan Malaysia-Indonesia dalam usaha menjaga keselamatan dan keamanan negara.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Matriks Keselamatan Negara: Kerjasama Bilateral

The post HARI INI DALAM SEJARAH KESELAMATAN: PERJANJIAN BERSAMA MALAYSIA-INDONESIA UNTUK MEMBANTERAS PENGEDARAN DADAH, WANG PALSU DAN PENYELUDUPAN appeared first on Laman Web MKN.

HARI INI DALAM SEJARAH KESELAMATAN: PERTEMUAN EMPAT MATA DUA PEMIMPIN TERSOHOR DUNIA
Pada hari ini (17 Julai) dalam tahun 1993, YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden Indonesia, Presiden Suharto, mengadakan pertemuan di Langkawi, Kedah.

Dalam pertemuan empat mata ini, dua pemimpin tersohor dunia ini telah membincangkan beberapa isu yang berkaitan dengan kepentingan dan keharmonian kedua-dua negara antaranya isu persempadanan negara. Dalam pertemuan ini, Malaysia dan Indonesia sepakat untuk menyelesaikan isu sempadan Pulau Ligitan dan Sipadan secara rundingan dan tidak mahu membesarkan isu itu sehingga boleh meretakkan hubungan dua hala.

Pemimpin-pemimpin ini juga memutuskan untuk tidak membawa isu itu ke peringkat antarabangsa atau membabitkan pihak ketiga. Kedua-dua negara juga bersetuju menyelesaikan masalah sempadan dalam konteks kerjasama dua hala dan sebarang tindakan yang timbul dalam isu ini tidak akan dibenarkan untuk menjejaskan hubungan baik yang sedia terjalin di antara Malaysia dan Indonesia.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Matriks Keselamatan Negara: Kerjasama Bilateral

The post HARI INI DALAM SEJARAH KESELAMATAN: PERTEMUAN EMPAT MATA DUA PEMIMPIN TERSOHOR DUNIA appeared first on Laman Web MKN.